Thursday, November 11, 2010
Kata - Kata Ajaib
Wednesday, November 10, 2010
Eh awak awak awak ...
waktu tu awak kawan dengan kawan baik saya
sangat biadap dan kelakar awk masa tu
tapi dalam diam saya suka tengok awak.
awak kuat bercerita dan menyanyi
dulu awak gila gig
kadang kadang band yang saya tak pernah tahu
saya pura pura buat macam tahu
saya ingat lagi,
awak datang dlm hidup saya
lepas hati saya dilukai si dia
awak bantu saya merawat luka tu
malam tu berlaku 1 peristiwa
awak marah sangat sangat kat saya
herannya, kenapa marah sangat?
tak lama tu baru saya tau awak sangat risaukan saya
sekarang kita sama- sama sayang.
awak sangat baik dengan saya.
kenapa dari dulu awak tak hadir dalam hidup saya.
awak cakap ni lah jodoh.
awak baik, awak kelakar, awak garang, awak penyayang
tapi apa yang saya suka kat awak
bila awak tiap- tiap malam bacakan doa tido untuk saya.
awak sangat istimewa. bia orang lain tak tahu semua tue.
sebab hanya awak dihati saya.
awak sangat sabar melayan saya.
walaupun sekarang saya dah berubah.
sekarang saya dah makin gemok
tapi awak cakap awak tak heran langsung
awak skarang selalu susun kata- kata.
sebab awak tau saya sensitif
saya penah tegur tak kesah ke? awak ckp biarlahh,
saya tahu awak sayang saya.
awak ni memang tak romantik.
tapi kadang- kadang bila tiba time romantik.
sumpah awak comel.
HAHAHAH , rasa nak gelak pun adew =_=
saya bersyukur, terima kasih banyak awak ..
FACEBOOK punya cerita :)
1. Bila ko rasa tak tahu nak buat apa, suddenly je ko bukak dia punye facebook.
2. Bila dah bukak fb diye, terus tengok relationship status. Kalo single, ko hela nafas lega. Kalo in a relationship, cepat-cepat ko bukak fb dye punye girlfriend.
3. Dah bukak fb gf dye, ko pun tengok gambar. Kalau pompuan tu lawa dr ko, ko senyap je and terus tutup laptop. Tapi kalau ko lagi lawa dari dia, terus ko kate, “Eleh, rugi tak pilih aku. Dia bukan lawa pun.”
4. Kalau diye masih single, cepat-cepat ko klik kat photo album. Renung gambar dia puas-puas.
5. Kalo dia makin hensem, ko senyum-senyum tengok gambar dia. Kalau diye dah tak hensem macam dulu, sambil ko renung, ko pun kate, “Eh, pelik betullah. Kenapa lah aku suka dia ni dulu?”
6. Dah puas ko tengok gambar, ko pun bace comment2 kat wall dia. Hurm, kalau ade pompuan yang seolah-olah nak masuk line lelaki tu, cepat-cepat ko bukak pompuan tu punye profile. Sambil rasa nak marah, ko pun kate, “Gatallah pompuan ni. Nak kecoh-kecoh kat wall pulak.”
7. Dah puas ko stalker diye punye fb, ko pun terus tibe2 tersedar. “Ish, kenapa aku tetiba bukak fb dye pulak ni? Bukan ke aku dah tak suka dia??”
8. Lastly, dan sambil kehairanan, ko pun tulis lah ini dalam blog kau. Tanda-tanda aku masih sukakan dia.
Erk.. tak guna betul. Akhirnya aku jadi stalker. :)
*HAHAAH . ini ada sikit macam aku yang dulu . tapi bukan kat FB . wawawawa~
Sunday, November 7, 2010
Tag DUApuluhLIMA kakak CT :)
2) aku agak manja dengan adik aku sebab dialah abang dan dialah adik. adik aku selalu cakap aku gedik. Anti betul dia dengan aku.
3) aku suka tengok girl yang cantik-cantik. Bukan sebab aku lesbian.. bukan bukan ! aku suke tengok cara pemakaian dorang jee .
4) aku seorang yang ‘gayat’ mean takut tempat tinggi. aku tak suke tengok pemandangan dari tempat yang tinggi . tapi kalau nak naik roller coaster aku oke je.
5) aku suka main dan mandi hujan, tapi kalau aku tengah cun cun nak keluar jalan, tiba2 hujan lebat... huh, wa tak suke!
6) aku seorang yang cuai , dan sangat tak pandai jaga barang .
7) aku sangat suka drama, filem, lagu korea korea korea . minat 2PM dengan ShiNEE.
8) aku sangat suka bau hujan dan bau rumput rumput :)
9) aku mudah terasa, tapi takdelah smpai bende kecikpun nak terasa . aku memg cepat merajuk, tapi esoknye ok laa..mksdnye disini, aku juga senang cool balik .
10) aku tak suka mengira , aku tak suke tengok nombor , bila start tengok nombor aku mudah pening dan pening .
11) aku sangat suka makanan pedas, tapi aku tak tahan pedas .
12) aku sangat takot luar biasa dengan LIPAS . bukan aje lipas , tp haiwan yang berkaki banyak.
13) aku suka tengok perempuan remaja yang kecik kecik comel lote . nampak awet muda sangat .
14) aku suka anak patong , tak kira lah teddy bear, teddy goat ke , segala yang patong2 aku suka . sebab bende alah tu sangat comel , boleh buat aku happy sangat bila dapat pelok .
.
15) aku sangat mudah tertekan, tak kira lah pasal family, cinta, pelajaran atau kawan.. cara terbaik adalah nangis.
16) aku diciptakan menjadi seorang insan yang sangat pemalu dan tak ada keyakinan diri. pernah bertembung dengan kawan kat facebook n myspace secara berdepan . benda pertama yang di buat lepas
nampak mereka ialah pusinggg dan larii .. ini kisah benar.
17) kawan baik aku yang aku sangat bangga ialah Nur Syazlin bt Idris. dia seorang kawan dan kakak yang sangat tabah dalam menghadapi dugaan dalam hidupnya, dan sangat berkeyakinan tinggi .
18) aku sangat suka warna merah jambu, purple, putih dan kelabu .
19) aku jenis orang yang takleh study kalau bunyik lagu kuat sangat or dengar suara orang berborak kuat2 . .
20) aku selalu berangan nak perabot yang semua warna putih dalam bilik hehe .
21) suka minum air teh o ais, suka gileee! dah la sedap, murah lak tu.. (kedekot). kalau bab makan lak , aku telan je ape yang ada..
22) suka tengok lelaki yang kemas, aku tak perlu lelaki kacak , kemas juga sudah cukup.
23) aku suka tengok cerita yang seram , bunuh membunuh , tapi lepas je tengok aku akan teringat2, pastu mulalah takleh tidur. senang cite aku saja suke suke mencuba dan mencabar diri tengok benda benda macamtu.
24) aku adalah antara individu yang suka habiskan duit. tak tahu kenapa. tapi sampai sekarang alhamdulillah dah berkurang sikit perangai membazir ni.
25) whoaaahh~ akhirnya, ini yang terakhir.. aku jenis orang yang kuat pendam perasaan . kadang-kadang benda yang dah 2tahun berlalu pun aku boleh ingat. pheww~
berpeluh-peluh aku memikirkan apa aku nak senaraikan sampai 25. terima kasih banyak sekali lagi kat kak ct sebab tag lyka . so siapakah yang akan meneruskan perjuangan senarai-senarai niey???? ok.. dengan ini, anugerah pilihan aku jatuh kepada....
Saturday, November 6, 2010
kau dan aku mungkin sama
yang dipanggil kebahagiaan.
Wednesday, November 3, 2010
Rumah kedua ku +_+
Mari sambung cerita. Diam tak diam dah hampir setahun setengah saya bermaharajalela belajar di Uitm Kuala Terengganu ni. Ya, walaupun sudah dinaik taraf, (tak la banyak pun) nampaknya saya amat selesa menggelarkannya sebagai School.. Yerghh , amatlah Old school. =_=
Setahun setengah yang lepas, maksud saya pada tengah tahun 2009, pada tarikh ini juga buat pertama tama kalinya saya dibebaskan oleh ahli keluarga saya dari rumah. Ya, for the first time saya keluar rumah, terus jauh sekali ya, sampai ke Terengganu. Tidak terpikir langsung oleh saya untuk jejak kaki disini.
First day saya di sini, bila tengok Kolej Kerawang, saya terus buat muka bawang. Apa itu muka bawang ?_? mungkin muka yang pelik dan weird. Saya tak tahu kenapa istilah itu yang adik pilih untuk mengistilahkan muka saya, sebab masa tu memang malas nak tanye dia. Bukannya saya sedih ke apa ke, saya cuma memang tak minat je masuk sini. Maksud saya, tempat kat cini.. Eh, macam tak tahu je saya tak suka bergerak sorang sorang.
Bila keluarga saya semua balik , pergh tak menangis langsung. Nampak tak hati saya macam apa? anak orang kalau tak melalak tonggeng tonggeng pun masih terlepas juga mutiara air mata depan mak ayah dorang . HAHAH . tapi tapi tapi , naik je tangga, saya terus meratap kesorangan, macam tak percaya dah tinggal sebatang kara kat terengganu ni.
Kemudian, saya dengar bermacam macam yang buruk tentang kolej ni. Tapi yang tu biarlah kita keep it secret yeh , sebab tak semua tempat pun elok kan? Biarlah saya nyatakan pengalaman saya mengenai yang elok elok sahaja.
Terima kasih kerana masih sudi bersama saya. Oleh kerana di sinilah tempat saya mengenali berbagai bagai ragam dan mengajar saya erti kematangan dan kedewasaan, saya akui tempat ini ini ada sudut baiknya
Kebaikan pertama - Hostel yang amat dekat dengan kolej. Wah, patutnya takde alasan kenapa tak boleh pergi kelas. Jalan kaki tak sampai 10minit pun dah sampai. Tapi kalau mengada ngada nak naik kereta ke motor ke, boleh aje.
Kebaikan kedua - Mestilah sebab elektrik dan air free. Boleh pasang seterika lama-lama dan main buih sabun lama lama.
Kebaikan ketiga - Internet free walaupun perkhidmatannya amat menyakitkan hati. Yelah, dapat jugak tulis blog ni haaaa. Tapi itu sem sem lepas, sekarang saya dah ada broadband sendiri (berlagak) HAHA.
Kebaikan keempat - boleh duduk di apartment (hostel) yang sama selama lama sampai habis belajar. So tak payah worry nak cari rumah sewa segala bagai. Tapi skarang dah lain . kalau tak maintain pointer , kene tendangggg . dushhhhhh!
haaaaaa~ Kira okaylah tu kan, (okaylah daripada kata tak okayy). Mahu tak mahu saya mesti teruskan jugak apa yang saya dah mulakan.
emmmm, apa lagi yang best erk ?
okeh, yang penting selama tiga tahun ni sekurang kurangnya saya dah tahu di mana saya. Saya menjadi seorang pelajar harapan agama, bangsa dan negara (buwekk) Sila muntah kalau tak setuju. Yang setuju saya belanja air kosong yang dalam peti ais anda tu. Ambil jangan segan segan, tonggak sampai habis ya !
Kadang kadang saya letih belajar, tapi takpelah apa boleh buat, sekurang kurangnya saki baki masa ni saya dapat gunakan sebaik baiknya untuk bersama teman teman, gadoh gadoh baling periuk kuali segala bagai kan. Tarik tarik rambut sampai botak, lagi lagi dengan miss DINI. Kami memang kuat bergaduh ,yeahhh dia tumbuk saya, saya tumbuk dia, dia tumbuk saya, saya tumbuk dia balik. Padahal dah sakit sampai nak kuar air mata ni. Punyelah taknak kalahh .. Ergghh. Tapi ktorang tak penah lame pun gaduh, sehari je baik la balik . ngeh3. saya rindu alin , eisha coc krunch dan ayuni .
Untuk mereka yang dah pun grade dan tinggalkan saya, semoga kalian berbahagia. Simpanlah sikit ruang dekat hati korang untuk sentiasa ingatkan saya. Emmmm, masalahnya skg....ada ke kawan saya yang dah grade kat cni hahahahahahahahah. Okelah , bubye lah kawan, saya penat la taip sorang sorang hehehe.
Sunday, October 31, 2010
Mari Design Baju Sendiri :)
Baby Damia ..
Saturday, October 30, 2010
Jahanam Semua lahhh~
Sepatutnya di masa masa nak exam ni lah, kena ada pemangkin semangat ♥ - ngeh3
lagi 2 paper nak abes . ouh bilik bilik bilik ♥
Friday, October 29, 2010
Ergghhh kau !
Transformasi "_"
Blum blum bersedia lahhh nak mengurus orangg sebab ku dah terbiasa diurus ni , how come r ? Memang laa , korang tak paham sebab korang tak rase. Siang malam pagi petang aku melatih diri jadi big girl aww aww , (memangg dah BIG girl ponnn)
Arghhh , last last lantakk lew. Beso ke kecikk kew , kan kan ? Kalo ku boleyh belajar terima seseorang itu as they are , takkan dorunk takleyh. Ye takkk ?
Thursday, October 28, 2010
Memang Bermasalah =,=
Tapi tak tahu la, bila dah jadi macam ni aku selalu sangat rindu dia. Rindu dia sangat sangat. Hari tu mutiara jernih aku pun sempat terlepas daripada karangannya masa aku tahu dia pun menangis lepas kami berpisah. Egonye aku, T_T
Nak kata aku bahagia buat dia sakit hati tak jugak , patutnya aku kenalah sedaya upaya jaga hati dia kan. Yelah , aku memang sayang dia sangat sangat tapi aku lokek untuk tunjukkan. Aku tak suka dia rasa manja , walaupun niat aku memang nak dia bahagia. ahh pening pening .
Tapi kadang kadang mulut dia memang pedas. Tak padan dengan badan dia yang kurus kering kontang tu. Memang menikam kalbu. Nasib baik lah aku ni kdg2 memang penyabar. wawawa. Memang sepatutnya macam tu pun kan. Ya , lepas ni aku kena belajar bersabar. Tolong doakan kejayaan aku agar hubungan kami jadi lebih baik :) hehehehe .
Cepatla Gerak Masa ..
wahhhh, sumpah aku bahagia bila csc dah meninggalkan aku..
tak perlu hafal bagai nak gila pasal computer
roommate aku si Dilla pandang aku penuh kesedihan
sebab subjek menghafal dia tak habis lagi
Tak apa wahai Dilla, aku boleh teman kau study smpai pukul 6 pagi kalau kau nak .
lalalalalalaalalalala~
dah sudahh . lepas ni aku kene bersedia untuk 3 paper lagi .
5 hb ni mama ngan ayah datang terengganu
dorang nak angkut barang-barang aku balik rumah .
tapi anak dorang ni, dorang tak boleh angkut bawak balik...............
(meraung)
sebab.......aku ade paper last 12hb nanti .. sob sob sob.
kena balik Shah Alam naik bus je la nampaknya (T_T)
Tuesday, October 12, 2010
Semoga Berjaya Ezura..
nak update blog skarang pun susah..
tapi aku sangat bahagia sekarang
HAHAHAHAHAHAHAHA
sebab movie mandarin dah siap.
assignment yang datang bertubi-tubi sebelum ni pun dah siap..
tunggu nak menghadap final je la..
Tapi hati aku jadi tak tenang bila cuti semester ni aku kena balik lambat
budak budak course lain dapat balik awal ............... jeles kau tau tak !
aku tak yakin aku boleh dapat dekan yang aku nak utk sem ni.
Sebab aku sangat pemalas .. jujur ni dohhh T_T
Thursday, September 23, 2010
Festival Moon Cake Uitm Cendering .
malam tadi alhamdulillah tamat la sudah Festival Moon Cake . Mid Auntumn Musical Night yang berlangsung di Dewan Uitm Cendering sangat menyeronokkan, dengan tanglung bewarna warni yang kami gantung si sekeliling pintu dewan menampakkan lagi keterujaan kami semua . HAHAHA. group yang bertanding untuk Musical Nite ni ada 4 . termasuklah group aku OMD3TA. Kami berlakon cerita snow white dan mendendangkan lagu A Whole New World versi Mandarin .
Friday, September 17, 2010
Berakhirnya Cuti Indah ku ..
Selamat Hari Raya . hihi . Lambat betul aku wish raya kat teman teman blog aku ni . Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat teman dan rakan-rakan di blog. Hari ni raya ke 8, masih raya gak kan kan ?..
Hari ni pukul 9 pagi gua bakal berangkat ke stesen bus section 17 Shah Alam . Be back to kampus !! Sedihnyaa . jemputan raya berlambak lagi , tapi aku dah nak balik .. :'( Kuih Raya pun tak sempat makan banyak banyak .
Tapi raya ni memang busy habesla , mana mana je ada jemputan makan makan . sebut pasal makan kan berat aku dah naik 2kg . Raya tahun ni murah betul rezekinya . asyik maaakaaannn je koje den kat rumah . sampai tak cukup kaki aku nak berlari ke jamban . dah puas buang , makan balik .. HAHA . memang manusia yang sihat (>.<)
The most fun bila dapat jumpa dengan kawan sekelas dan konvoi pergi rumah cikgu . then aku beraya rumah budak budak kelas lak . heyy , nak tau apa kata mereka ? They said I was getting chubby and 'SEMANGAT' . yeayyy !
oraitt ! dah cukup 5 perenggan aku taip , aku cadang nak membuta dah ni . kang esok tak bangun aku , tak pasal pasal tak dapat balik terengganu , raya tahun ni best tapi yang kurangnya sebab terkilan tak sempat jumpa sepupu sepupu bujang aku yang ramai tuh . huhuh. Rindu korang :) okayh . sekian terima kasih .
Friday, September 3, 2010
Tidur sampai Pengsan ^_^
sejak dua menjak ni , aku asyik tak cukup tidur , penangan dari test yang berlambak . malam tadi baru dapat teman si jejaka aku tuh . dan sekarang ni aku rasa bosan bosan dan bosan . hari ni si jejaka tinggalkan gua 1 hari . kau mesti ketiadaan kredit kan singa? takpe . aku faham dan aku masih bisa menunggumu, sumpah merinduimu , mengingati mu.. ahaaa. ayat jiwang menggelabah nak mati . korang sila muntah . ini semua kesan dari kebosanan tahap nak tersungkur .
ouh ouh ouh . habeslaaah . gua baru dapat tau tadi, malam ni gua dan budak2 kelas ade meeting untuk lakonan time FESTIVAL MOON CAKE nanti . waaaaaa~ memang serabot . pecah kepala pikir banyak keje nak siapkan balik raya ni . tapi aku tetap nak senyum melambung sampai langit . sebab bagi aku ini sume pengalaman untuk Part 3 . :)
Thursday, September 2, 2010
TERcicir T_T
otak aku ni dah takde kat kuala terengganu dah . aku kira lagi 5 hari nak balik , tapi lepas dah tolak cuti. tinggal 3 hari . duduk sini bosan . bosan asyik bukak buku , menghadap meja yang penuh dengan kertas2 , bajet macam baca lak slide2 tuh.
Balik shah alam best . nak jumpe katil gua yang aman damai tenteram selalu . aku boleh buat ape je aku suke , nak jerit ke , nak lompat macam berok pun boleh. itupun kalau katil aku tak reput tampong berat aku . haisshhhh . Shah Alam !
TEST habes.
bapak bahagia aku rasa . kesusahan soalan CSC masih dikaji,
aku memang tak puas hati la . sebab aku tak baca sangat, muahahah .
padan la muke kau. sape suruh study maen2 .
result test bakal keluar. aku tau mesti macam haremm punya.
Takpe, esok hari masih ada lagi.
aku kene bersedia. T_T . Sekian Terima Kasih.
Selamat Hari Beranak Mrs FF!
Friday, August 27, 2010
Dia akan sentiasa bersemadi dalam hati ini..
Kadang-kadang bila sorang sorang dengar lagu raya, bergenang air mata.. teringat nenek tersayang yang sudah pergi 5 bulan lepas. aku panggil arwah nenek Opah, dia rapat dengan aku, kadang2 arwah selalu bercerita dengan aku.. rindu nak dengar arwah bercerita lagi, aku tau tu semua hanya tinggal kenangan. kalau arwah berjalan, aku selalu pimpin tangan dia.. naik tangga, aku genggam lengan dia..
Arwah opah kalau datang rumah aku, dia akan tidur dengan aku. tapi tak sampai 3 jam aku akan pelan2 seret bantal ngn selimut tidur kat ruang tamu. bukan ape pun, just sebab aku panas..arwah dah tua, so nak tidur , kenalah perlahan kn kipas.
Bila arwah dah tiada, terasa sangat kehilangan dia, lagi-lagi aku sorang cucu perempuan yang tak dapat menghadiri hari pengebumian arwah, sebab aku aku ada kat terengganu, dan hari tu aku ada Mock Meeting. Sedih sangat sangat bila tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Tahun ni tahun pertama aku beraya tanpa arwah OPAH, dan panggilan OPAH tak lagi kedengaran seperti dulu.. :'( Aku sayang Opah..
Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah Opah dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah..
Tuesday, August 17, 2010
aku diTag !
1. ceritakan satu kisah kenangan manis sepanjang hidup korang ?
Kenangan manis? wahhhh banyak sangat. bagi aku lah, kenangan paling aku tak leh lupe masa zaman kanak2 aku, memang sangat best. tapi aku nak cite kenangan manis zaman sekolah bila aku admirer kat senior aku nih dari form 1 sampai form 4.. cinta pndang pertama la ni. setiap kali waktu rehat, aku akan lalu depan kelas dia. so automatik kepale aku akan terteleng dan panjang mcm kpale unta. konon nak mengintai dia dalam kelas la alkisah nye ni. kawan2 aku sume bagi semangat. tapi sebab perangai pemalu aku ni, aku hanye bleh borak sbagai kawan je.. kadang2 bila ingat semua ni, aku rasa kelakar ada, seronok pun ade.
2. ceritakan satu kenangan pahit sepanjang hidup korang ?
pahit........ memang menakotkan ingat balik. aku lemas kat sunway lagoon. masa ni aku pendek lagi dan sangat comel, wakakakaka. cerita dia mula2 camni.. ayah aku masa ni pergi beli makanan kot, klu tak silap aku laa. mama lak ade mandi berdekatan tmpat aku mandi.
mama n ayah pesan jgn mandi jauh2. tapi tempat yang cetek buat aku bosan nak mandi kat tempat kanak2 tu, aku pun beralih arah.. aku nampak ade 1 tempat mandi yang agak kosong, yang cuma ada abang2 n kakak2 remaja yang tengah mandi sambil bermanja-manjaan kat sudut2 kolam tu. aku ape lagi, berlari dari jauh sambil pegang tangan dik aku.. ddebusshhhhhhh.. terus terjun kolam.! pastu pandangan aku gelap, sumpah aku tak dapat cecah kaki langsung, aku tergapai2 nak naik permukaan. masa ni aku cuma ingat adik aku.. kalo dah aku ni pendek, dah tentulah dia lagi pendek. tercungap2 aku carik adik aku. memang masa ni aku rasa macam aku akan pergi..
Tiba2 aku dengar mama aku menjerit "Ya Allah , anak aku!!" Aku dengar suara mama menjerit mintak abg2 tu selamatkan aku ngan adik aku.. Alhamdulillah, ade salah sorang mamat yang lalu kat situ terus terjun selamatkan aku.. adik aku lak mamat kat dalam kolam tu yang selamatkan. lepas dorang letak aku ngan adik aku kat lantai , mama aku terus peluk aku. memang terharu sangat, tapi lepas 15 minit, aku kene bebel lak ngan dorang. muahahahah. terima kasih sangat kat abg2 yang selamatkan kami =_="
*sori banyak berucap, hohoo.
3. bagi tahu apa yang korang dapat sebulan yang lepas ?
-Novel novel kegemaran, tabung dari Ayuni, kain baju kurung dari Atin, dan selendang daripada Alyynn.
4. dua perkara yang korang suka pasal FB ?
-aku jumpa kawan2 lame aku balik, tak kira lah dari zaman kanak2 dan sekolah.
-dapat membe baru. ^_^
5. dua perkara yang korang tak suka pasal FB ?
-bila gamba yang aku tak suke korang tag kat aku.
-bila mereka yang tak letak gamba sebenar add aku.
6 . 3 sikap yang gempaq dalam diri korang ?
-cakap terbalik, hebat tak ? muahahaha.
7. benda berharga yang ada dengan korang sekarang ?
Wednesday, August 11, 2010
Sunday, August 8, 2010
Lepaks Di Sekayu !
Sampai je Sekayu, sempat lagi bergambar kat pintu Gerbang Sekayu, terus cari tempat nak berendam. Sejuk !! Best best best ! macam macam benda kitorang buat, kelakar, geli, pelik, sakit semua ada. Pukul 3 kai pun bertolak balik ke Cendering. Terima kasih kat Abg Zali sebab bawak kami datang sini dan jaga kitorang. Eicehhhhhh~ Harap dapat pergi lagi next time. :)
Tuesday, August 3, 2010
Kekeruhan Puisi Teh Ais
Wajah ku keruh, sekeruh air teh ais
Aku terus menaip
Aku, mahu perubahan
Aku yang selalu merasa kosong
Kenapa dengan hidup aku ?
Ya,
Dunia ini terasa bohongnya
terima kasih buat anda kerna sudi mendengar. :)
Thursday, July 29, 2010
Ape Ade bawah Jambatan >,<"
Balik kelas perut da berkeroncong
Siyes! Sumpah aku lapar
aku amy, dini, cha, syra,
mirul, ari yaya, ngan tasha
pun plan g makan makanan laut
kt kedai makan bawah jambatan
seronok seronok sangat
saya makan tak hingat dunia
walaupun mahal tapi berbaloi
terima kasih kat mereka .
jawapannya: ade makanan laut yang sedappppp banget !
The Greatest Birthday Ever :)
peristiwa 1:Pagi 27 Julai, lepas habis kelas BBm , aku turun carik makan kat cafe. tengah aku pilih2 makanan. dini curik hp kat dalam beg, dah serupe tikus mondok curik makan.
tapi aku tak tau si tikus ni nk curik hp aku. . alih2 sampai bilik.. hp lesap!aku dh nak menangis nih.. esok dah laa besday. hp lak ilang, malang nasib aku! tak lma kemudian jue hantar hp aku kt bilik. rupanya aku kene tipu!
peristiwa 2: Singa aku memang jaat kalau nak diingatkan balik. membe2 rapat aku plan ngan dia suruh dia hilangkan diri daripada kul 12tghri-12pagi. masa pukul 1 ptg aku kol singa, ade org lain agkat., huissshhh sape lak mamat yang agkat ni. dia cakap tuan punye hp ni trtinggal hp kat ats meja, di kedai makan.
gile ! ni sume gile! esk besday aku, dahla celcom dapat free call sminggu. sedihnya bila tak dapat contact ngan dia.. malam tu sebak, aku sebak bukan ape dohh, gyle windu tiba tiba. dah takde mood nak sambut besday. mama ngan ayah je lah penghibur hati. terharu bila ayah nyanyikan lagu besday..
Peristiwa 3: aku mesej dini tanye kat mane. dia kate dia kat luar lepak ngan naim. waaa~ busannya aku sorang2. then tak lama pas tuh, alin ngan atin datang bilik.. masa ni dah nak pukul 12.. tiktoktiktoktiktok ! pukul 12! tapi tapi dorang berdua tak wish punn. sampai hati la korangg wuwuwuwu. nasib baik mama ayah, kawan2 aku yang lain tak lupe. (^_^)
Peristiwa 4: Tengah gua sibuk dok melayan perasaan, 1 new message from Biskut Choco. hahhhhhh!! bukan hp dia hilang ke?? waaaaaa~ ak terus kol dia.. dia boleh gelak tak hingat dunia, oke oke, aku kene tipu lg la dohh ! geramnye ngn kau singa !!
Peristiwa 5: Lepas habis gayut ngan mama @ ayah. Ayuni call aku. dia suruh aku amik pen aku kat bilik dia. sekerat jalan aku ternampak ramai orang berlegar depan aku. si Fiqa ngan Didi tengah gayut la, jalan2 la.. pastu trnampak alin ngan atin kat tangga. yang si As ngan Alin lak ajak aku buang air jap.. kebetulan aku memang nak buang air kecik. aku pun kasi la hp aku kat Atin. lepas dah buang segala kotoran2 tu, aku pun pergi kat atin . masa tu atin kat belakang blok ..
aku keluar je.. pffftttt!!! tepung melekat kt muka!!!! lagu happy besday kedengaran . mak aihh ramainyeee.. ape ni ape ni >.<
pelontar tepung terhebat
Super Girls
ini lah mereka yang berjaya mengharumkan nama kolej kerawang tengah2 malam buta
suke sangat lukisan alin ni. ha ha ha. sebab dini memang sgt mara klu aku raba dia. tak aci ! dia buat aku boleh. :(
Thanks to:
Atin n bf dia
Alin
Dini
Yuni
As
Didi
Fiqa
Dilla
Eira
Aisyah
My SInga!
dan mereka yang terlibat.
Monday, July 26, 2010
Cinta Kau dan Aku, Bini Aku Tomboy ke, Prince Charming
Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
novel ni keluaran buku Prima.memang hebat bagi aku weyhh. aku baca novel ni dari pukul 3 pagi sampai 9 pagi. 1 malam aku tak tidur. Memang aku tak sanggup nak tunggu lame2. dah la lawak .. Dah tu pandai lak kasi aku meleleh. Yang tak leh blah nye, aku sampai kunci pintu bilik kot, bajet nak nangis puas2.. Takot lak kantoi ngan mama, malu malu. Arghhh, memang kuat tol penangan novel ni kat aku. Ada suka, sedih, dendam,kasih sayang, agama. Korang memang tak rugi nye la beli novel ni. Tahniah untuk penulis, u rock Siti rosmizah ! :p
Pengarang: Ratu Bulan
Cerita dia pun best, tak serius sangat. otak aku pun relaks je. Cite pasal budak2 sekolah yang popular lagi handsome. Lagi2 dorang adalah pemain kelab bola sepak. Ramai la perempuan yang dok terhegeh2. tapi minah sorang yang bernama nurul ni lak, macam takde perasaan langsung. so.. nak tau cite dia.. g lah cari novel ni ye.. :)
sekian sahaja daripada saya :) papai
Surat Layang dr Encik Arez
1. Four names that friends call you
- Dut
- Liyka
- ezura
- eipo
2. Four most important date in your life.
- 12 April
- 13 Mei
- 12 februari
- 11 january
3. Four things u`ve done in the last 30 min.
- main ngan bubu,(hamster iera)
- Chat ngan Singa
- Makan biskut cicah coklat breadspread
- Sikat Rambut
4. Four ways to be happy
- Bila dengar org lain gelak,(sbb aku jadi nk gelak same)
- Kalau takde assignment, bahagianyaaa..!
- Cucuk cucuk ayh masukkn duit dlm akaun !
- makan banyak banyak
5. Four gift you would like to receive
- teddy bear!! ,
- Novel cinta ! jiwang?? hohoho, biarlaaaa..
- perfume buah2han. sy suke !
- mp4 . yeahhh.
6. Four of your fav. hobbies
- baring2 sambil msg singa
- hang out ramai ramai dengan mwmbe membe
- tidur smbil dengr mp3, tak elok tak elok!
- duduk lepak kat bilik ngan membe merenk
7. Four places or country you want to go for vacation.
- sy nak g mekah ngan family tersayang
- Korea!! nak sangat pergi ! nak jumpe kim beom lah ! tak pun song hye kyo.
- Bali :p
- rumah je sudah .
8. Four fav drinks
- tEH O Ais
- 100 Plus
- mangga fresh
- tembikai
9. four things always found in your bag .
- perfume
- compact powder
- purse
- handfone/mp3
10 . four fav colour
- hitam
- kelabu
- Pink
- Coklat
11.top four you love so much
- family
- my lion
- friends
- mereka yg sayang sy.
12. top four "things" special to you
- novel :)
- my Mp3 :)
- Lappy
- Handphone
13. top four you will tagged .
- ayuni kamaruddin
- nevermind
- kak CT
- Aini Hussin
14 . four reasons why you answered this questions
- sebab aku ditagged
- sebab aku suka ditag
- sebab aku free
- sebab aku tengah borink
latest pixture!
Before masuk kelas Mandarin !
dalam bilik S043!
Saturday, July 24, 2010
Gadis Rimba Berjimba jimba !
Friday, July 23, 2010
Happy Birthday Adlin Shahira !
happy besday beb!