Thursday, October 17, 2013

Elektrik Cinta

Assalamualaikum, kita nak kongsi cerita, semalam kan 1 USJ tak ada elektrik . wahh takde kene mengena langsung ngan tajuk kat atas kan . kekeke . Nak dijadikan cerita, time blackout tu saya sorang2 kat bilik. Nak menjerit, nak meraung, pikir diri ni dah besar. hee :) tapi hakikatnya sangat menakotkan suasana masa tu. bayangkan anda bukak tingkap semua gelap. rumah2, kedai2 semua gelap. ish gelap gelita rasa bumi ni. kami pun sebulat suara buat keputusan keluar dari rumah. alahai nak turun 8 tingkat tanpa lif memang memerlukan kudrat yang lebih, (khas untuk ibu bapa ku) . hee kitorang pun decided pergi karaoke, hoyeeyeaahhhh . lama sungguh rasa tak melalak dengan family. sampai la jiran msg inform dah ada elektrik baru la kami balik. Dah balik masing-masing melantak and then terus tidooo . mana la masing-masing tak tembam T_T (termasuklah aku) wuwuwuwuw .


Emmwuahhx mwuahhhx Love them so much !

Sunday, October 13, 2013

Kebahagiaan :)


Sebelum makan, ayah bukan main borink mnnggu makanan . Bila makanan dah smpai, gelojoh sungguh sampai tersedak2 makan. memang gelak tak ingat dunia tgk mata ayah merah berayaq. hahahaha. Sup perutnya pedas sgt kan ayah kan ..

 

mama saya selalu cun lebih dari saya. dah ramai orang cakap den ni adik mama. huhu. mama senyumm sampai ke telinga, saya pula masam mencuka. hehehe sayang mama sangat sangat..



Adik yang tersayang . sebulat hati buat Duck Face. Walaupun kakak kuat membebel, tpi semua untuk kebaikan korang . bila korang nak sedar ni ha, haiyaakk


Alhamdulillah Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur kepadaMU atas segala nikmat yang telah Kau kurniakan padaku. Syukur aku masih dilimpahi rahmat dan kasihNya, melalui ibu dan ayah yang sangat menyayangiku, keluargaku, dan orang-orang sekeliling yang mengambil berat tentangku.. Syukur Ya Allah atas kebahagiaan ini..

Friday, October 11, 2013

Perosak Perhubungan..



Kamu pernahkah jadi orang ketiga dalam perhubungan ? Pernahkah hubungan kamu diganggu orang ketiga? Siapa orang ketiga tu ? Apa yang dimaksudkn dengan orang ketiga ? Apa yang saya fahami orang ketiga itu ialah manusia yang muncul dalam sebuah perhubungan. Tak kiralah yang sedang bercinta, bertunang atau yang dah berkahwin..

Kenapa orang ketiga nampak mcm desperate? dah tahu kan orang tuh dah ada bf/gf or suami/isteri kenapa still nak contact or mencari bf/gf or suami/isteri orang. Just imagine, pasangan yang dah bertahun-tahun couple tetiba putus gara2 orang ketiga dan pasangan suami isteri yang selama ni bahagia bersama anak2 kini jadi renggang. Takde rasa bersalah sikit pun ke dalam hati orang ketiga tuh ?

Saya faham orang ketiga atau rampas merampas tak akan berlaku kalau gf/bf or suami/isteri tak melayan kehadiran orang ketiga tuh. Tapi still orang ketiga yang salah sebab kenapa dia gatal nak ganggu hubungan orang? Better terima saja kenyataan yang girl or boy tu dah berpunya. Tapi biasanya manusia mcam ni sanggup buat apa pun asalkan apa yang dia nak dapat.

Apa yang saya dah pernah nampak depan mata, orang ketiga ni lah dugaan dan risiko dalam hubungan. Orang ketiga lah yang paling banyak hadir dalam perhubungan seseorang. Even dalam rumah tangga pun ada yang hancur dek kerana orang ketiga , dan ada juga si isteri yang merana, menyimpan segala luka yang terpendam demi anak-anak.  Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Orang ketiga adalah dugaan atau risiko untuk dilepasi. Dalam hidup ni banyak dugaan yang perlu kita tempuhi, jadi tempuhilah dugaan itu kalau kita mahu kebahagiaan yang berpanjangan. Jangan pernah beralih arah andainya dah sematkan namanya di hatimu. Teruskan hingga ke garisan terakhir

Pesanan untuk orang ketiga. Jangan pernah gembira di atas penderitaan orang lain. Carilah kebahagiaan kamu sendiri. Sebolehnya jauhilah orang yang sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing. Mungkin satu hari nanti ada insan lain yang lebih baik yang akan sentiasa bersama-sama dgn kita  hingga ke akhir hayat. Itulah qada dan qadar yang sudah tertulis dalam suratan hidup kita. Life must go on. 

p/s: Janganlah jadi orang ketiga yang merosakkan hubungan.