Friday, September 17, 2010

Berakhirnya Cuti Indah ku ..

Bismillah

Selamat Hari Raya . hihi . Lambat betul aku wish raya kat teman teman blog aku ni . Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat teman dan rakan-rakan di blog. Hari ni raya ke 8, masih raya gak kan kan ?..

Hari ni pukul 9 pagi gua bakal berangkat ke stesen bus section 17 Shah Alam . Be back to kampus !! Sedihnyaa . jemputan raya berlambak lagi , tapi aku dah nak balik .. :'(  Kuih Raya pun tak sempat makan banyak banyak .

Tapi raya ni memang busy habesla , mana mana je ada jemputan makan makan . sebut pasal makan kan berat aku dah naik 2kg . Raya tahun ni murah betul rezekinya . asyik maaakaaannn je koje den kat rumah . sampai tak cukup kaki aku nak berlari ke jamban . dah puas buang , makan balik .. HAHA . memang manusia yang sihat (>.<)

The most fun bila dapat jumpa dengan kawan sekelas dan konvoi pergi rumah cikgu . then aku beraya rumah budak budak kelas lak . heyy , nak tau apa kata mereka ?  They said I was getting chubby and 'SEMANGAT' . yeayyy !

oraitt ! dah cukup 5 perenggan aku taip , aku cadang nak membuta dah ni . kang esok tak bangun aku , tak pasal pasal tak dapat balik terengganu , raya tahun ni best  tapi yang kurangnya sebab terkilan tak sempat jumpa sepupu sepupu bujang aku yang ramai tuh . huhuh. Rindu korang :) okayh . sekian terima kasih .

1 comment:

ciEk NiENa said...

cepat nya awak balek. huhu. nape xlajak sehari lagi? huhu.