Friday, August 27, 2010

Dia akan sentiasa bersemadi dalam hati ini..

Assalammuailaikum. tak sangka pejam celik pejam celik lagi 2 minggu nak raya. lagu raya dah mula berkumandang. kat kediaman kolej kerawang, dari 1 bilik ke 1 bilik lagu raya berkumandang. sedihnye la bila jadi perantau ni.

Kadang-kadang bila sorang sorang dengar lagu raya, bergenang air mata.. teringat nenek tersayang yang sudah pergi 5 bulan lepas. aku panggil arwah nenek Opah, dia rapat dengan aku, kadang2 arwah selalu bercerita dengan aku.. rindu nak dengar arwah bercerita lagi, aku tau tu semua hanya tinggal kenangan. kalau arwah berjalan, aku selalu pimpin tangan dia.. naik tangga, aku genggam lengan dia..

Arwah opah kalau datang rumah aku, dia akan tidur dengan aku. tapi tak sampai 3 jam aku akan pelan2 seret bantal ngn selimut tidur kat ruang tamu. bukan ape pun, just sebab aku panas..arwah dah tua, so nak tidur , kenalah perlahan kn kipas.

Bila arwah dah tiada, terasa sangat kehilangan dia, lagi-lagi aku sorang cucu perempuan yang tak dapat menghadiri hari pengebumian arwah, sebab aku aku ada kat terengganu, dan hari tu aku ada Mock Meeting. Sedih sangat sangat bila tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Tahun ni tahun pertama aku beraya tanpa arwah OPAH, dan panggilan OPAH tak lagi kedengaran seperti dulu.. :'( Aku sayang Opah..

Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah Opah dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah..

Tuesday, August 17, 2010

aku diTag !

Salam satu Malaysia. sebelum tu hamba nak minta maaf kat Encik Arez sebab dah lame aku dapat tag ni, tapi baru sekarang aku berkesempatan untuk menaip, sob sob sob,. jelaslah disini bahawa aku sangatlah busy.. tak suke nyeeeeeee, sem ni susah betul la subjectnye..  ape2 pun xie xie arez xiansheng ! okehla, meh meh tengok  bwh ni !  :)


1. ceritakan satu kisah kenangan manis sepanjang hidup korang ?

Kenangan manis? wahhhh banyak sangat. bagi aku lah, kenangan paling aku tak leh lupe masa zaman kanak2 aku, memang sangat best. tapi aku nak cite kenangan manis zaman sekolah bila aku admirer kat senior aku nih dari form 1 sampai form 4.. cinta pndang pertama la ni. setiap kali waktu rehat, aku akan lalu depan kelas dia. so automatik kepale aku akan terteleng dan panjang mcm kpale unta. konon nak mengintai dia dalam kelas la alkisah nye ni. kawan2 aku sume bagi semangat. tapi sebab perangai pemalu aku ni, aku hanye bleh borak sbagai kawan je.. kadang2 bila ingat semua ni, aku rasa kelakar ada, seronok pun ade.


2. ceritakan satu kenangan pahit sepanjang hidup korang ?
pahit........ memang menakotkan ingat balik. aku lemas kat sunway lagoon. masa ni aku pendek lagi dan sangat comel, wakakakaka. cerita dia mula2 camni.. ayah aku masa ni pergi beli makanan kot, klu tak silap aku laa. mama lak ade mandi berdekatan tmpat aku mandi.

mama n ayah pesan jgn mandi jauh2. tapi tempat yang cetek buat aku bosan nak mandi kat tempat kanak2 tu, aku pun beralih arah.. aku nampak ade 1 tempat mandi yang agak kosong, yang cuma ada abang2 n kakak2 remaja yang tengah mandi sambil bermanja-manjaan kat sudut2 kolam tu. aku ape lagi, berlari dari jauh sambil pegang tangan dik aku.. ddebusshhhhhhh.. terus terjun kolam.! pastu pandangan aku gelap, sumpah aku tak dapat cecah kaki langsung, aku tergapai2 nak naik permukaan. masa ni aku cuma ingat adik aku.. kalo dah aku ni pendek, dah tentulah dia lagi pendek. tercungap2 aku carik adik aku. memang masa ni aku rasa macam aku akan pergi..

Tiba2 aku dengar mama aku menjerit "Ya Allah , anak aku!!" Aku dengar suara mama menjerit mintak abg2 tu selamatkan aku ngan adik aku.. Alhamdulillah, ade salah sorang mamat yang lalu kat situ terus terjun selamatkan aku.. adik aku lak mamat kat dalam kolam tu yang selamatkan. lepas dorang letak aku ngan adik aku kat lantai , mama aku terus peluk aku. memang terharu sangat, tapi lepas 15 minit, aku kene bebel lak ngan dorang. muahahahah. terima kasih sangat kat abg2 yang selamatkan kami  =_="

*sori banyak berucap, hohoo.

3. bagi tahu apa yang korang dapat sebulan yang lepas ?
-Novel novel kegemaran, tabung dari Ayuni, kain baju kurung dari Atin, dan selendang daripada Alyynn.

4. dua perkara yang korang suka pasal FB ?
-aku jumpa kawan2 lame aku balik, tak kira lah dari zaman kanak2 dan sekolah.
-dapat membe baru. ^_^

5. dua perkara yang korang tak suka pasal FB ?
-bila gamba yang aku tak suke korang tag kat aku.
-bila mereka yang tak letak gamba sebenar add aku.

6 . 3 sikap yang gempaq dalam diri korang ?
-cakap terbalik, hebat tak ? muahahaha.

7. benda berharga yang ada dengan korang sekarang ?











8 . apa yang korang tengah fikir sekarang ?
saya tengah fikir adakah saya harus mandi lepas berbuka atau sebelum berbuka ? lagi 15 minit ni nak berbuka. ^_^ makann~ makan~

Sunday, August 8, 2010

Lepaks Di Sekayu !


Tanggal 31 Julai 2010 , aku dengan tak mandi paginya bergerak ke Hutan lipur atau Sungai Sekayu di Kuala Terengganu. Tapi jarak antara Kampus aku dengan Sekayu adalah dalam 45 minit. Dalam masa setahun setengah aku berada kat Terengganu ni, inilah kali pertama aku jejak Sekayu. Memang excited ni, walaupun gerak berempat je. Aku Cha Syra Amy. Pukul 8 kitorang gerak dari kediaman Kolej Kerawang.

Sampai je Sekayu, sempat lagi bergambar kat pintu Gerbang Sekayu, terus cari tempat nak berendam. Sejuk !! Best best best ! macam macam benda kitorang buat, kelakar, geli, pelik, sakit semua ada. Pukul 3 kai pun bertolak balik ke Cendering. Terima kasih kat Abg Zali sebab bawak kami datang sini dan jaga kitorang. Eicehhhhhh~ Harap dapat pergi lagi next time. :)

Tuesday, August 3, 2010

Kekeruhan Puisi Teh Ais

tolong. tolong beri aku sedikit masa untuk berucap dengan penuh perasaan .

Wajah ku keruh, sekeruh air teh ais
Cukup untuk menggambarkan
Kekusutan otak
Kekeruhan emosi

Aku terus menaip
Menekan punat punat
Menggoreskan semua rasa
Agar hati ini puas

Aku, mahu perubahan
Tapi mana nak cari
Aku masih menggores
Menconteng sebuah kekosongan

Aku yang selalu merasa kosong
Tak mampu memandang mereka
Terus berjalan tiada arah
Menyarung topeng koyak

Kenapa dengan hidup aku ?
kau mahu hidup dalam kepalsuan?
Tidak. aku tak mahu .
Jadi mengapa kau ego

Ya,
Kadang ku lupa kekosongan itu sudah pun terisi
Terisi ruang dan waktu
Tapi dengan ego
Ku menafikan

Dunia ini terasa bohongnya
Di tengah ramai itu aku sepi
Sepi ini suka menjenguk diri
Dan aku bagaimana?
aku terus diam menghadapi semua

terima kasih buat anda kerna sudi mendengar. :)