Saturday, November 6, 2010

kau dan aku mungkin sama

kita dipisahkan dengan cerita cerita kita,
kita dipisahkan dengan susur galur keluarga kita
keturunan kita, pengalaman pengalaman kita,
senyuman dan tangis kita, tajam tumpul lidah kita,
cara pemikiran dan idea kita, bentuk badan kita,
walhal pada hakikatnya kita sama.
Sama sama berlari,
berjalan dan menyusur untuk mencari sesuatu
yang dipanggil kebahagiaan.
Kebahagiaan yang pada hakikatnya berkekalan dan berpanjangan atau tidak,
bergantung kepada masa dan keadaan.
Bergantung pada nasib dan juga takdir.


rasa nak lempang je muka kucing ni , chumel sangat laaahh !

2 comments:

awien said...

kucing kau ke?
hahaha
comel
rajin2 lah lawat blog aku

princeduyong said...

sangat comel itu kuceng...