Monday, July 26, 2010

Cinta Kau dan Aku, Bini Aku Tomboy ke, Prince Charming

Masa cuti semester hari tu , aku duduk umah meluangkan masa dengan membaca novel. Daripada aku goyang kaki, ade baik gak aku berangan kejap baca novel ni. Tapi taktau la kenapa .. bila aku dah balik blajar kt terengganu ni, aku still takleh lupe 1 novel yg aku baca time cuti tu. betul2 buat aku angau la.. adushh. taktau la respon korang camne bagi yang dah pernah baca..


Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah

novel ni keluaran buku Prima.memang hebat bagi aku weyhh. aku baca novel ni dari pukul 3 pagi sampai 9 pagi. 1 malam aku tak tidur. Memang aku tak sanggup nak tunggu lame2. dah la lawak .. Dah tu pandai lak kasi aku meleleh. Yang tak leh blah nye, aku sampai kunci pintu bilik kot, bajet nak nangis puas2.. Takot lak kantoi ngan mama, malu malu. Arghhh, memang kuat tol penangan novel ni kat aku. Ada suka, sedih, dendam,kasih sayang, agama. Korang memang tak rugi nye la beli novel ni. Tahniah untuk penulis, u rock Siti rosmizah ! :p


Tajuk: Bini aku Tomboy ke?
Pengarang: Arisa Eriza

ini lagi satu novel keluaran Kaki Novel. Aku jujur disini bahawa aku membawa novel ni keluar dari rak rak buku MPH kerana aku tertarik dengan cover depannye yang menarik, saling tak tumpah mcm cover novel CINTA KAU DAN AKU. Novel ni aku baru je baca suku jalan, ha ha ha. takde masa laa, sibuk sibuk. wuwu. Roommate aku yang pinjam novel aku ni kata, cerita dia sangat2 lah lawak, macam nak mati gelak. betulke? ko tak tipu kan ?

aku berjanji akan habiskan baca novel ni, baru aku beli novel yang lain. malangnya, aku mengingkari janji aku. tiba2 je tangan aku tergerak nak rembat lagi 1 novel ni..
Tajuk: Prince Charming
Pengarang: Ratu Bulan
"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran prince Charming yang menyelamatkannya, Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming. Yang pasti, memang dia langsung tak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta prince Charming."

Bila aku baca synopsis ni, aku terus membayangkan watak-watak jepun dalam manga jepun. wahhh best, cover dia dah la warna pink. memang laju lah aku tarik buku ni keluar MPH. ha ha ha,

Cerita dia pun best, tak serius sangat. otak aku pun relaks je. Cite pasal budak2 sekolah yang popular lagi handsome. Lagi2 dorang adalah pemain kelab bola sepak. Ramai la perempuan yang dok terhegeh2. tapi minah sorang yang bernama nurul ni lak, macam takde perasaan langsung. so.. nak tau cite dia.. g lah cari novel ni ye.. :)


sekian sahaja daripada saya :) papai

3 comments:

Min said...

sye da bce citer cinta kau dan aku..
mmg sumpah klakar gille..
x ske suraya n farah..
pape pon..
blog nih mmg bez..

Dunia Landax said...

Landax baru baca cerita kau dan aku..best gile!hee


http://www.dunialandax.com/2011/08/lelaki-dan-novel-pelik-kah.html

Piqa | Liyka said...

hihi . baguslahh landax pun ada keinginan nak baca novel . betul kan, crita ni best heheh . memg tak rugi beli .