Wednesday, November 3, 2010

Rumah kedua ku +_+

Assalammuailaikum. Okeh kali ni aku akan menggunakan kata ganti nama diri yang lain iaitu saya, aku itu kadang kadang menampakkan diriku kurang sopan hohohooh. ehem ehem .

Mari sambung cerita. Diam tak diam dah hampir setahun setengah saya bermaharajalela belajar di Uitm Kuala Terengganu ni. Ya, walaupun sudah dinaik taraf, (tak la banyak pun) nampaknya saya amat selesa menggelarkannya sebagai School.. Yerghh , amatlah Old school. =_=


Setahun setengah yang lepas, maksud saya pada tengah tahun 2009, pada tarikh ini juga buat pertama tama kalinya saya dibebaskan oleh ahli keluarga saya dari rumah. Ya, for the first time saya keluar rumah, terus jauh sekali ya, sampai ke Terengganu. Tidak terpikir langsung oleh saya untuk jejak kaki disini.

First day saya di sini, bila tengok Kolej Kerawang, saya terus buat muka bawang. Apa itu muka bawang ?_? mungkin muka yang pelik dan weird. Saya tak tahu kenapa istilah itu yang adik pilih untuk mengistilahkan muka saya, sebab masa tu memang malas nak tanye dia. Bukannya saya sedih ke apa ke, saya cuma memang tak minat je masuk sini. Maksud saya, tempat kat cini.. Eh, macam tak tahu je saya tak suka bergerak sorang sorang.

Bila keluarga saya semua balik , pergh tak menangis langsung. Nampak tak hati saya macam apa? anak orang kalau tak melalak tonggeng tonggeng pun masih terlepas juga  mutiara air mata depan mak ayah dorang . HAHAH . tapi tapi tapi , naik je tangga, saya terus meratap kesorangan, macam tak percaya dah tinggal sebatang kara kat terengganu ni.

Kemudian, saya dengar bermacam macam yang buruk tentang kolej ni. Tapi yang tu biarlah kita keep it secret yeh , sebab tak semua tempat pun elok kan? Biarlah saya nyatakan pengalaman saya mengenai yang elok elok sahaja.



Terima kasih kerana masih sudi bersama saya. Oleh kerana di sinilah tempat saya mengenali berbagai bagai ragam dan mengajar saya erti kematangan dan kedewasaan, saya akui tempat ini ini ada sudut baiknya
Kebaikan pertama - Hostel yang amat dekat dengan kolej. Wah, patutnya takde alasan kenapa tak boleh pergi kelas. Jalan kaki tak sampai 10minit pun dah sampai. Tapi kalau mengada ngada nak naik kereta ke motor ke, boleh aje.

Kebaikan kedua - Mestilah sebab elektrik dan air free. Boleh pasang seterika lama-lama dan main buih sabun lama lama.

Kebaikan ketiga - Internet free walaupun perkhidmatannya amat menyakitkan hati. Yelah, dapat jugak tulis blog ni haaaa. Tapi itu sem sem lepas, sekarang saya dah ada broadband sendiri (berlagak) HAHA.

Kebaikan keempat - boleh duduk di apartment (hostel) yang sama selama lama sampai habis belajar. So tak payah worry nak cari rumah sewa segala bagai. Tapi skarang dah lain . kalau tak maintain pointer , kene tendangggg . dushhhhhh!

haaaaaa~ Kira okaylah tu kan, (okaylah daripada kata tak okayy). Mahu tak mahu saya mesti teruskan jugak apa yang saya dah mulakan.

emmmm, apa lagi yang best erk ?


okeh, yang penting selama tiga tahun ni sekurang kurangnya saya dah tahu di mana saya. Saya menjadi seorang pelajar harapan agama, bangsa dan negara (buwekk) Sila muntah kalau tak setuju. Yang setuju saya belanja air kosong yang dalam peti ais anda tu. Ambil jangan segan segan, tonggak sampai habis ya !

Kadang kadang saya letih belajar, tapi takpelah apa boleh buat, sekurang kurangnya saki baki masa ni saya dapat gunakan sebaik baiknya untuk bersama teman teman, gadoh gadoh baling periuk kuali segala bagai kan. Tarik tarik rambut sampai botak, lagi lagi dengan miss DINI. Kami memang kuat bergaduh ,yeahhh dia tumbuk saya, saya tumbuk dia, dia tumbuk saya, saya tumbuk dia balik. Padahal dah sakit sampai nak kuar air mata ni. Punyelah taknak kalahh .. Ergghh. Tapi ktorang tak penah lame pun gaduh, sehari je baik la balik . ngeh3. saya rindu alin , eisha coc krunch dan ayuni .


Untuk mereka yang dah pun grade dan tinggalkan saya, semoga kalian berbahagia. Simpanlah sikit ruang dekat hati korang untuk sentiasa ingatkan saya. Emmmm, masalahnya skg....ada ke kawan saya yang dah grade kat cni hahahahahahahahah. Okelah , bubye lah kawan, saya penat la taip sorang sorang hehehe.

Muke hodoh takde gigi
Ade jodoh jumpe lagi
daaaaa

4 comments:

mrbrightside said...

ko xrindu aku..
sob3..

Ain Atika Zailani said...

laaa...jauh gila...nanti susah nak balik umah...

Amir Syahir said...

ai nk tumpang~

Lyka | Ezura said...

mr brightside> taula kau dah degree skg .. HAHAHAH(tiba tiba)

ain > memang , tepat , betul ! susa sgt nak balik .. wuwuwu . sedih3 .

hiro > aiii hiro, nak tumpang duduk kat terngganu ke hiro . heeee ..