Tuesday, May 18, 2010

Cukur Misai

Mimi: Abang Joe..jom la datang rumah mi. rindu la..lagipun suami i pergi oversea tadi..
Joe: Baiklah, malam esok abang pergi tau..nanti pandai la abang kelentong isteri abang tu.
Mimi: Oh ya...sebelum datang esok, abang cukur misai kasi licin dulu tau. Abang tahukan, i suka lelaki yang babyface!
Joe: Alamak...yang ni susah sikit. Isteri abang suka abang simpan misai cari makan ni, nanti dia marah pulak.
Mimi: Alaaa, abang ni nak jumpa i ke taknak ni?
Joe:
Okeyla! Okeylah sayang.. mimi punya pasal..ape saja abang sanggup!

Keesokan paginya, semasa Joe hendak pergi ke pejabat dia telah pesan kepada isterinya, dia terpaksa pulang lewat malam nanti sebab ada 'mesyuarat tergempar'.

Semasa di pejabatnya, Joe telah bertindak mencukur misainya sampai licin, Malam itu Joe berdondang sayang dengan Mimi sampai dinihari.

Pukul 4.00 pagi, ketika itu Joe balik ke rumahnya, bilik tidurnya gelap. perlahan-lahan Joe salin baju dan naik ke katil senyap-senyap.

Tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba muka Joe yang licin dalam gelap sambil berkata : "Kenapa kau tak balik-balik lagi ni Farid..kejap lagi suami akak balik..!

4 comments:

zd said...

hahha, nyum3~~~ oppa's blog finally done!

Lan Bingka said...

alamak..2x5 la..;)

Anonymous said...

hahaha.ni kalau dapat suami or isteri mcm ni, merana..

Lyka | Ezura said...

oppa> tahniah tahniah :)

lan> a'ah tau xpe, mangkuk hayun dua2 tuh hahaha.