Monday, May 31, 2010

Kenapa Minat Cerita Amoi Apek Korea?

Cuti semester kali ni aku rasa macam lama lah pulak, hari ni tak ada aktiviti yang menarik. Memang aku bosan tahap nak cakap sorang-sorang dah.. Nanti tak pasal-pasal aku dilabel gila. Akibatnya, aku pun menggatalkan tangan membukak peti besi dalam bilik aku, ape ada dalam peti besi tu? bukan besi pun sebenarnya. jengg jengg jengg , peti besiku mempersembahkan Koleksi Drama-drama,Filem, and Music Korea aku! wahahaha. Tiba-tibe je aku tersengih sorang2.. ......... (^_^)......... ehhhh? kira punye kira, aku rasa macam ada yang kurang je.. pikir punya pikir.. ouh, dah ingat! ade membe aku pinjam cerita korea aku tak pulangkan balik.. isk isk isk :'(

inilah koleksi-koleksi drama,filem,music korea yang ada kat peti besi aku, peti besi lagi .. tak la banyak pun, stakat beli yamg aku minat je..berpeluh aku susun haa, hahahaha. tapi ada yang lain2 masih sedang dipinjam :)

Kenapa aku suka tengok crita korea??
Kadang-kadang aku tersenyum, pastu marah..kalau dah marah.. bantal2 dalam bilik tu pun aku bleh lempar kat dinding, tak cukup lagi tu, aku kerut2 dahi pulak.. ni semua aksi-aksi aku time tengah tengok cite korea.. aku memang tak nak kene kacau time macam ni, hahahaha, tak cukup tengok kat tv, aku beli pulak koleksi drama..memang penat nak tunggu episod harian kat tv tu habes.. aku sanggup tidur 2-3 jam je semata-mata nak habiskan tengok cerita korea yang aku beli dalam masa 1 hari je.. biarlah tak cukup tidur, janji aku puas tengok dari permulaan sampai akhir episod. Sebenarnya, apa yang best sangat pasal cerita korea ni??
Bagi pandangan aku :

  1. Hero yang kacak, bergaya, romantik & heroin yang jelita, comel pasti mampu mencairkan hati para penonton.

  2. Adaptasi dari Novel dan Manga. Contohnya Full House,Lover in Paris, My Name is Kim Sam soon, ini semua berasal dari karya manga dan novel internet yang telah melalui tranformasi make over.

  3. Pelakon korea tak perlu cakap banyak, mesej dah sampai..tau2 aku dah meleleh.. :P

  4. Jalan cerita yang Menarik. Walaupun berkisar kepada percintaan, drama Korea kebanyakannya menyelitkan nilai murni, elemen kehidupan yang biasa dan dekat kepada penonton seperti halangan keluarga, dengki, percintaan dan dikhianati teman karib, darjat yang berbeza. keadaan ni seolah2 kita yang sedang mengalami situasi tersebut.

Tapi disebabkan sekarang dah sambung belajar, aku dah kurang amik tahu sangat pasal drama2 terbaru korea ni, sedih gak bila dah ketinggalan ni..hahaha. Tapi ape2 pun, aku tetap suke drama Korea. :)

Adakah anda salah seorang peminat korea?kenapa erk korang korang minat

Monday, May 24, 2010

Lagenda Budak Setan

assalammualaikum peeps.

gwa nak kongsi cite pasal pendapat gwa mengenai filem yang bakal keluar 3 Jun ni,gwa rasa korang kompem tau punye kan, lagenda Budak Setan. kali ni gwa ganas ciket okeh, ikot tajuk entry gua hari ni heheheh. gwa punyalah pelik ngan tajuk cite ni, macam seram pun ada tapi cite cinta. takde tajuk lain ke korang nak letak(masa mula2). :P

skali gwa tengok la trailer dia, fuhh.. gwa rasa macam bakal meletup je filem ni, skali baru gwa tau,, cite ni adaptasi dari novel Ahadiat Akasyah. Agak popular Ahadiat ni masa zaman 90an dlu, kawan gwa la cite, gwa pena tercurik novel membe gwa dlu, penulis dia Ahadiat Akasyah la.. tapi gwa tak ingat la plak tajuk novel tu. tade la besh mane pun. padahal gwa seorang pembaca yang baik, wakakakaka, kompem masa tu gwa takde mood nak baca.

ape ape pun gwa suke lisa Surihani. haishhh tak sabar la plak gwa nak tunggu filem ni. gwa dengar novel LBS ni hebat gila dulu, mari ramai2 gegar panggung.. ^^

gwa harap movie version same best cm buku. jangan hampakan peminat ^ ^
generasi muda skang maybe taktau buku nie..


*lagu-lagu lagenda budak setan ni pun best best belaka:)

Otak Lelaki dan Otak Perempuan

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

Sunday, May 23, 2010

Cinta, Love, Amor, Ai, Sarangae, ความรัก


ORANG YANG MENCINTAI KAMU...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]

Saturday, May 22, 2010

Shahir Juara AF8-Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Yes, akhirnya keputusan Juara Af8 dah diketahui semua. Shahir telah dinobatkan sebagai Juara AF8, aku betul-betul puas hati walaupun hakikatnya aku langsung tak ikut perkembangan mamat ni, balik je cuti semester tau2 dah final, ^^ lagu dia sendiri yang dia sampaikan untuk malam tadi memang menyentuh jiwa aku. rasa nak nangis pun ada.. Jom dengar lagu baru Shahir.

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
Klik untuk download.mp3
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..



Friday, May 21, 2010

Selambek je Aku ^_^

Aku takkan lupekan hari ni, hari yang paling memberi kesan pada aku.
akhirnya aku berjaya mendedahkan apa yang dah aku rahsiakan selama Setahun 4 bulan ngan dia..

Perasaan bersalah, malu, sedih, sebak menguasai diri . Rasa kalau boleh tak nak dah berhubung ngan dia lagi, nak lari diri daripada dia, nak lenyapkan dia terus dari hidup ni, buat2 tak kenal and bla bla bla . padahal semuanya bermula dari aku, kesalahan yang aku dah buat dari first perkenalan aku ngan si dia.

Alhamdullilah, dia berjaya buatkan aku jujur sejujurnya, daripada A hingga Z aku cerita, nampaknya dia tenang hadapi semua ni. Dia anggap tu hal kecik, dia tersenyum lagi.. aku tau dia terkejut ngan semua ni. dan dia sanggup maafkan salah silap aku.. kenapa dia baik sangat? aku pulak yang rasa takleh terima semua ni.. bagusla, semuanya da selesai, hati aku pun da tak gusar lagi.. Terima kasih sangat sangat :)

Dia boleh mula2 ingat aku curang, hahaha.. memang kelakar..

waida waida chololatte :)

Harini si kecik tomeh 'cik waida' jadi follower aku
follower yang ke 43
rindu sangat kat dia
wai wai, rasanya dari lepas SPM aku tak jumpe kau kan
bila bleh jumpe nih
sobb sobb sobb
sayang kau ketart ketart
jangan lupe aku eh eh :))

Thursday, May 20, 2010

Norma kehidupan, u will get what u give :)

aku memang terasa sangat hari ni.. sangat-sangat terasa. Kadang-kadang..ada kawan yang menggembirakan kita,dan kadang2 ada kawan yg menyakitkan hati kita..

Kawan yang menyakiti

>>di luarnya,muka manis bak madu..namun di dalamnye tersimpan perasaan busuk hati, dengki, iri hati dan segala macam prejudis terhadap kawannya

>>sering berprasangka buruk terhadap kawannya, sgala apa tindakan kawannya,semuanya tak betul dan ada shj 'point' yg dia cari utk menumpaskan kawannya

>>sering mengkritik sinis dan memperlekeh segala tindak-tanduk kawannya. apa shj yg dilakukan oleh kawannya,sering dicemuh dan diperlekeh. seolah2 tak dihargai, bagaikan dia Raja, Sultan, Permaisuri. Takde sape boleh menandinginya. Konon macam dia bagus sangat sampai sanggup melukakan hati kawannya.

>>Ada je masalah yang nak ditimbulkan, baru je nak aman kejap, namun dia tetap nak mencari perselisihan, membangkitkan pergaduhan. api hasad dengki perasaan tak puas hati terhadap kawan tak pernah terpadam dari hidupnya..

Aku nak pesan kat diri aku dan kawan2 lain, cubalah menjadi 'kawan yg menggembirakan' drpd menjadi 'kawan yang 'menyakitkan hati'. Memang aku tak sempurna,namun aku akan cuba untuk jadi kawan yg terbaik utk rakan aku...

Terjahan si Bibiey Ketam :)

kau kau tengok atas ni agak2 yang berselendang hitam ni sape ? haahhaha, ini lah cik Bibiy kiteeee, beliau didatangkan khas oleh yahoo messenger.
dan tetamu yang lebih istimewa ialah cik liykaaaa, boleh nampak di atas yang dah hampir serupe hantu bungkoss tu.. haaa tu lah aku..tapiss aksi bukan2 (kain takde.slimut pun jadikla)
ni sume gara2 bibiy, yang tiba tiba muncul takde salam takde ape.. terus terjah ajak aku webcam..
aku pun ape lagi, mari mari kita berwebby , rindu plak kat si ketam sowang nih :P

Tuesday, May 18, 2010

Korang , aku da mula rindukan korang hehehe :)


rindu kat geng-geng shah alam :
ara
huda
farah
aini
zyra
michelle
azma
ta sabar nak hangout sesama lagi, cepatla balik korang!

hahahha. aku perasan baik lalalala~

Cukur Misai

Mimi: Abang Joe..jom la datang rumah mi. rindu la..lagipun suami i pergi oversea tadi..
Joe: Baiklah, malam esok abang pergi tau..nanti pandai la abang kelentong isteri abang tu.
Mimi: Oh ya...sebelum datang esok, abang cukur misai kasi licin dulu tau. Abang tahukan, i suka lelaki yang babyface!
Joe: Alamak...yang ni susah sikit. Isteri abang suka abang simpan misai cari makan ni, nanti dia marah pulak.
Mimi: Alaaa, abang ni nak jumpa i ke taknak ni?
Joe:
Okeyla! Okeylah sayang.. mimi punya pasal..ape saja abang sanggup!

Keesokan paginya, semasa Joe hendak pergi ke pejabat dia telah pesan kepada isterinya, dia terpaksa pulang lewat malam nanti sebab ada 'mesyuarat tergempar'.

Semasa di pejabatnya, Joe telah bertindak mencukur misainya sampai licin, Malam itu Joe berdondang sayang dengan Mimi sampai dinihari.

Pukul 4.00 pagi, ketika itu Joe balik ke rumahnya, bilik tidurnya gelap. perlahan-lahan Joe salin baju dan naik ke katil senyap-senyap.

Tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba muka Joe yang licin dalam gelap sambil berkata : "Kenapa kau tak balik-balik lagi ni Farid..kejap lagi suami akak balik..!

Thursday, May 13, 2010

Pantai Batu Burok

sehari sebelum aku balik shah alam, aku bawak family aku pegi jenguk pantai batu buruk jap. kenapalah name pantai ni buruk, kesian2. padahal cantik je pantai tu..
sampai2 je adik kecik aku ijan menggedik nak naik kuda la pulak. aku tak brani g dekat. skali kuda tu tendang aku. mau tercampak masuk laut aku..
tengah dok merakam aksi kuda tu meronda-ronda ngan adik aku.. tiba-tiba kuda tu berhenti mengejut, aku pikir kuda tu nak mengamuk, skali dia buang air da.banyak pulak dia buang. kalau korang letak baldi , cukup satu baldi hasil cairan dia tu..
oii korang, syuhhh syuhh, ! jgn tengok. aku nk buang pun tak senang..
..mcm ni la kot cik kuda ni berkata..


lepas abes sesi fotografi ngan cik kuda, aku ngan adik kecik berlari main pasir pantai.. beshnyee beshnyee! padahal da kerap kali main .. naik busan aku. alang-alang aku nak balik da , aku sempat la tinggalkan jejak kat terengganu ni ..
jeng jeng jeng:


tak cantik kan ? sebab ade budak kecik tu asyik dengki ngan aku. asyik padam lukisan aku ni je. sob3.

Wednesday, May 12, 2010

Takde Tajuk

aku rasa blog ni semakin terabai. aku tibe2 jadi malas gila nak update blog.
ketandusan idea adalah salah satu penyebabnya. nak kata aku busy, aku busy ngan membuta je kat bilik tu.
mungkin perasaan teruja aku bersantai di katilku yang sejuk berbanding katilku di terengganu, buat aku malas nak capai lappy aku.


tibe2 mama teriak dari bilik dia iyka, bangunn.. pegi mandi. kite nak g smbut besday ayah ni. dah bape jam tidur tak puas2 lagi ke??
mama cun melecunku tu dah berbunyik, dia lah jam yang paling berkesan untuk kejotkan aku.

cepat2 capai tuala, tiba2 teringat adamaya! aku mati kutu. nak mandy dulu atau tengok adamaya dulu?? akhirnya aku pilih adamaya . kehkeh, takpela, adamaya takde ulangan..

malam tu lepas aku mandi terus g makan. sebelum tu aku ngan adik aku Apit timbang berat dulu kat mesin yang bdekatan tempat aku makan tu. gatal tgn pasal duit syiling menimbun dalam poket.
dah sedia berdiri tegak sambil pejam mata.
tiba-tiba..


capit:mak aihhh.. biar betul iyka???
aku: bukak mata. (speechless ), betul ke ni ? "apit, akak baru timbang 2 bulan lepas,knp tak smpai 2 bulan dah naik 5kg? kau tumpang kaki kau ke tadi?? "
capit: mane ade ngek. kau tu da makin besar dah la iyka, hahahahha.
aku: apit, amik 20 sen ni, masukkn lagi.. kali ni kau buat betul2.


tett tett tett,
errr.. tbeliak lagi skali mata aku, terus aku tutup skrin tmpat papar berat ngan tinggi tu smpai mesin tu jadi sediakala.. bodossss! mamat cina yang jual handphone blakng mesin tu dari tadi tersengih2 pandang aku. ape aku kesahhh, terus laju menuju masuk PIZZA HUT. menu ni memang telah dirancang awal2, terpaksa lah aku makan, bagus2.. berkoyan-koyan lagi lah lemak aku..

Roommate Masuk Air

Bengang dengan roommate ? tak tau ape nak buat ?get ready for the payback time.

>Setiap kali roommate balik, jerit sekuat hati, horeeeyy kau dah balik!! lepas tu menari dalam 10 minit, lepas tu tenung jam lama2 dan tanya dia "sepatutnya kau dah blah dah skg"

>Buat2 terjaga pada waktu malam, jerit kuat2 "Tolong kat mane aku berada ni?" dan lari sekeliling bilik tu. Kemudian sambung tidur. esoknya kalau dia tanye, pura2 tak tahu apa dia cakap.

>Ambil marker, buat bulatan kecil di lengan anda, besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata, "Dah merebakk.! .. Dah merebak ..!

>Beli pisau banyak-banyak, tajam kan setiap malam sambil merenung rumet anda, sambil berkata "Tak lama lagi ni..tak lama lagi.."

>Kata kat rumet, "Ada pesanan penting untuk kau" dan lepastu buat-buat pengsan. lepas 2-3 jam bangun dan cakap yang anda dah lupe pesanan tu. kemudian cakap "Eh, aku dah ingat." Lepastu pengsan balik.

>Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu Opera sekuat hati, bila dia bukak balik lampu. Buat-buat muka bodo dan confused.

>Duduk dan renung roommate dalam 2-3 jam, kalau boleh bawak membe2 skali sambil makan kacang dan popcorn, buat macam tengah tengok wayang.

>Masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat(siap ikat). Pastu panggil membe dlm 10 orang, baca yassin ramai-ramai. Bila roommate jaga, pakat2 buat tak nampak apa-apa.

>Masa roommate takde, ambil deodorant dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik tu wangi. lakukan slalu sampai deodorant tu habis.

>Pakai topi kertas, bila dia balik cakap "Selamat datang ke Mc Donald's. Boleh saya ambil pesanan anda?" lepastu buat muka bodo sambil berkata "Eh, kau rupenye.."


Try la yeeee :P

Tuesday, May 11, 2010

Tunggu aje lahh labuu..

gemuruh gemuruh
tadi singa kate nak bagitau aku sesuatu
bunyik macam penting
tapi dia suruh aku tunggu
tunggu apa?
tunggu smpai dia habis maen futsal
ouh..
emm, itula si singa..
pukul 1-2 pagi baru nak kuar maen futsal
cepatla balik, cepat....
aku nak tau ape bendenye..

mood; menunggu

Wednesday, May 5, 2010

Kisah Budak Tecik ngan Si Kakak

tengah aku membelek folder2 family aku, (rindu sangat sangat.) aku terbukak folder adik bongsu aku izran farhan. kenapa rasa nak nangis ni?

gile rindu budak kecik ni, umur dia 6 tahun. dah la kelakar, rajin lak tuh.. kalau aku suruh sapu umah, laju2 g belakang dapur amik penyapu. kalau aku suruh angkat kain kotor, laju2 dia agkat bakul g ke mesin basuh. wakakaka. mentang2 mama ayah keje, aku jadi raja di rumah yee kawan2, aku la raja.. raja mana??raja kapoor! hahahha.

dulu masa aku first tyme clash ngan first bf aku, dia la yang pujuk aku, lap air mata aku, peluk aku, siap dia tanya kenapa abg arep tinggalkan akak? (wah, pndai kau berbicara ye anak tecik) ape aku nak jawab? dia tau ke curang tu ape? kompem soalan dia aku leh jwab macam buat karangan spm..

aku teringat budak tecik ni cite kat aku 1 kisah yang buat aku terkenang zaman kanak2 aku dulu.

Satu hari di tengah hari yang terik, budak tecik ni baru balik dari tadika, macam biasa, dia akan kejutkan aku dari tidur, (teruknya aku hahaha.)

Budak tecik: kakak, bangunlaaa.. ciss ,style dia kejutkan aku ngan cara menarik baju aku..memang terbaik..
"kakak.. tadi kan kat tadika ..iyan terberak dlm seluar.."

Si kakak: hah, kau tak geti nak cakap ngan cikgu kau nak berak ke??kau takde mulut eh?? patutla seluar dia dah bertukar ke seluar lain..

Budak tecik: kan pagi tadi kakak anta iyan lambat g tadika, iyan dapat tempat duduk belakang, iyan dah cakap dah "cikgu, sy nak g tandas.".. tp cikgu tak dengar. banyak kali iyan panggil cikgu..

Si kakak:  "lahh.. aku anta lmbat eh pagi tadi?" (ckp dlm hati) sambil cuba memahami luahan hati dak tecik ni..

Budak tecik: iyan panggil cikgu lagi, banyak kali iyan panggil.. tiba2 iyan nak kentut, skali tengok2 iyan tercirit..banyak..

Si kakak: (dah berguling tyme ni.. kalau lah korang tengok mimik muka dia masa ni... hahahahahaha), habis tu, bau tak satu kelas??

Budak tecik: iyan cepat2 lari kat cikgu, iyan cakap kat cikgu iyan terberak dalam seluar. cikgu mara iyan sebab tak bagitau.. pastu cikgu cebok kan iyan..

*hahahahahaha. tiba2 aku teringat aku pun penah berak dlm seluar kat tadika dulu, aku pun kongsi  cite kat dakk tecik ni pulak.

korang tau ape reaksi dia lepas beberapa hari??..

emm.. emm..

dia dengan banggenye menceritakan kisah aku pulak kat kawan2 dia yang datang rumah masa tu sambil main PS 2 . muke tak bersalah langsung dak tecik ni..!

aku rasa macam %$&#*
geramnyee aku , geramm.. aku gerammmmm..
 

Tuesday, May 4, 2010

Sharing is Caring

sekarang ni demam bukan leh buat main2. aku tak tau nape tibe2 aku demam panas mggu lpas. takde hujan takde ribut, aku da terlantar atas katil tu. sekarang roommate aku atin demam. semalam roommate aku lg sorang tu intan demam jugak. apa ni apa ni, mcm main pas pas demam la pulak. tiba2 terbit rasa bersalah dalam hati, aku ke yang jangkitkan penyakit ni? tak kan ? tak kan ?yang aku sedihnya roomate aku intan pengsan semalam, nasib baik la atin sedar. kumpul2 orang angkat dia sampai pintu pagar depan.dah la tengah final exam.. si intan ni memang lemah kalau demam, semester lepas pun dia pengsan sbb demam) sepanjang dia demam tu, macam2 halangan masa jaga dia. muntah, menangis, sume ada. sampai tak leh tidur malam. semester ni banyak hal la berlaku. 5 hari lepas kene angkat membe aku yg tibe2 krem kat kaki. langsung xleh gerak.. laju2 anta dia g hospital.. hahhahaha. aku dah ada pengalaman wawawa. tak sia2 masuk PBSM

weh pompuan, nape muka kau x mcm orang demam pun.

Ni bilik ke tongkang??

masa aku post entry ni, si roommate kesayangan aku, atin sedang bperang ngan notes2 nye utk exam lusa. hahaha seronoknya aku tengok kau. (jeling manja). malam ni memang sunyi sepi, tak dengar langsung warga permpuan kolej kerawang menjerit menggedik. haish. tyme aku study sebelum ni korang sebok nak memekak . bila aku da goyang kaki macam ni takde pulak nak bikin mulut aku ni keluarkan nama2 binatang kat dalam hutan sana tu.(tak kerap pun sebut) sedang aku menaip ni, curik2 pandang atin.. haih ?? (tercengang) kau da tido labuuu??? hampeh. takpe atin, tidurlaa, aku suke tengok kau tidur.. tidurla.. mimpi indah yee..

hari ni aku kira lagi 4 hari je aku nak berpijak di bumi shah alam. korang tau tak ape rasa balik tempat asal kau?? aku rasa nak buat pengumuman 1 shah alam tu , aku dah balik aku dah balik.

tersengih-sengih aku tengok wajah baru bilik aku ni, chantik sangat.. kalau puan shida naik la bilik ni, mau kepala aku ngan roommate2 aku ni kene saman. tak pasal2 bilik ni popular kang. tapi apepun, bilik ni bersih dari sebarang rekod yang tak baik do :)

mehla ushar bilik kami :
BILIK S244 KOLEJ KERAWANG UITM CENDERING
pandangan dari depan, hahaha. korang rasa cmane. singgah la bilik kitorang ..liyka,knpa tempat kau jadi cmni? isk isk, kalau mama aku nmpak ni, mau kene piyat telinga aku.(pinggan mangkuk tu aku dah basuh oke? aku letak je kat situ)

haaa~ yang ni aku suka, barang2 aku nak balik rumah.. ada lagi satu beg besar, saje aku nyorok kan. nak sedapkan hati atin yang balik lambat dari aku tuh hahahaahha(muke berlagak) :P

mak aihh, mambang hijau ! mane mambang ni sesat nih?? hahaha, ni la mambang belaan aku. kenalkan , mambang atin...
kau tengok katil roommate aku lagi sorang ni , bak kata mambang hijau tuh, da usang dah..
cik intan, aku tau la nti kau balik awal dari kitorang. korang tengok cadar dia pun dah di cabot haa.. ta gune :( ngee..
sebenarnyeeeeee.. ini lah bilik asal kitorang awal sem dulu. aku tau korang nk cakap ape. chantex kan? hahahah.. terima kasih banyak2..
So, akhir cerita.. kesimpulannya ..ada sape2 yang sudi buat kitorang sebagai isteri? ada tak ada tak ?

Monday, May 3, 2010

ShiNee

apa kes aku post gamba mamat korean ni?

sebab aku da jatuh ngan 1 group korean ni, bukan sebab kehenseman dan kemachoan mamat2 ni, tapi sebab kehandalan dowang menari tu. ni gara-gara kawan aku yang dok pakse aku tgok. ingat nak maen-maen je tengok mv dia. skali..
memang melekat..
tau-tau jari aku dah bergerak nak tau pasal life shinee ni..
SHINEE, i love you .. :P

suke tarian TAE MIN, padahal umur budak ni baru 17 tahun. hahahaha. memang takkan dapat, saje nak berangan.
bukan kene bayar pun kan.. tak salah kan kan?
Tae Min