Friday, July 16, 2010

Kau kurang ajar la mat !

Salam.. harini aku, alin, kak nas, dinie ngan bibi pergi PC Fair berdekatan dgn Giant Kuala Terengganu. memang bosan kalau duduk kat bilik je cuti-cuti ni. pengendali kereta kitorang dah tentulah akak nas.

dia drive , sumpah aku ckp ngan korang kalah kereta F1 wooo.. tapi cekap. masa pergi oke lagi akak nas drive. maybe byk kereta kan.. aku bibi n alin da sengih2 kat belakang. dini kat depan nampak rilek je, woi dini.. aku tau la ko cuak ! ko jangan blagak cool leh tak? muahaha.

Sampai kt Pc Fair, aku pun meredah masuk. mata dh rambang. nak beli ape eh, nak beli ape. ko ingat ni pasaraya mydin ke hape. Last2 aku beli Optical Mouse-quitto hahaha dengan 2.5 Inch External Hard Drive 320 gb. boleh tahan la harga dia berbanding kat luar. kat cni dapat Rm 180 je.

emm, nak joli lagi la.. tapi duit dah takde. kenapa ayah tak masukkan duit banyak cket. aku ingat nak borong sob sob sob.
Sementara tunggu kak nas ngan dini berjoli dlm Pc Fair tu, aku alin ngan bibiy pun menggediks jap snap snap gamba.

klick ! klick ! klick !

bulatnye la aku .. huaaa~



Habis g Pc Fair, kak Nas anta Aku, Alin, Bibie g mydin... p makan ! akak Nas ngan Dini lak g Bandar jap, katenye ade hal .. On da way nak balik kan kan, kak Nas sempat pesan dia kene drift sebab dah lambat. "oke kak!!," kata kami pada kak Nas.

Aku ingat akak main2 je , skali betul2 dia jadi lipas tempang. keperempuanan akak terus hilang. semua keta akak potong, kereta kami betul2 rapat ngan kereta depan. mak aihhh.. mau sejengkal je jaraknye. kami kat belakang menjerit2 macam naik roller coster.

Bibi aku tengok da pucat, tangan dia dah menggigil genggam tangan aku. hahaha. aku hanya mampu tutup mata, alin sempat lagi tengah laju2 tu baca doa kenderaan, bagus alin ! bagus ! tapi memang best la, sebab akak Nas jenis cekap. dia kata rilek la korang, aku pun berlagak la rilek, ha ha ha ,kecil2 cili padi tol akak ni la.. hehehehe . :p

Sampai je kat tempat kereta sewa je, kelihatan mamat 2-3 orang menunggu di situ, tibe2 salah sorang mamat yang bertubuh tinggi dan tegap memandang tajam kat arah kami. Oiii apehal kau mat? pijak ko kang! aku cakap dalam hati je ngeh ngeh.. ouh baru aku sedar, kitorang dah lewat 30 minit. sebab tadi ade hal kat bandar. adusshhh.. macam mane nak balik kampus ni, kereta muat 5 orang je. mamat tu nak amik kereta tu.. last2kak nas ngan dini tinggal dulu. aku , bibi ngan alin dihantar mamat tu balik kampus dulu.

tutup pintu , dia tekan minyak, terus laju pecut.. ! bibie dah terbaring kat belakang. eh! apahal mamat ni, nak bunuh orang ke? sambil hisap rokok, dia tengking kitorang "apahal lambat??". kitorang cakap dengan takotnye" sori sangat sangat lmbat".. skali dia maki ngn suara tinggi, "kalau dah janji pukul 3 , pukul 3 jela.!! ni setengah jam lambat! kalau 5 minit takpe.!".

pehhh, kitorang tengah mintak maaf ni. dia bawak keta tu laju tak hingat, aku bukan cakap lebat weyhh. ini lah pertama kali aku naik kereta dan dlm masa yg sama aku tengah call doktor tempah katil kat hospital, itupun kalau nasib aku baik dpat hospital. eh, sori..aku mereka cerita je..aku tau dia geram and nak lepas geram dia kat kitorang.. memang rase nak menjerit tolong tolong tolong, air liur pun aku tak mampu nak telan.

Lepas dia dah anta kitorang balik kampus.. baru lah kami tau .. dia junior semester 1.. Ya Allah, dayus nye la ko mat.. kurang ajar sesangat. memang s*** la buat kitorang cmni. takde hormat langsung, sekurang2 nya kitorang mintak maaf jugak.. haih..

4 comments:

Dee Zahari said...

junior sem1?
asal tak tembak je mamat tu ngan senapang. haha

tak pun korang bagi penampar je...

aku baca pn rasa geram.. kuang aja la weyh

Liyka said...

bukan setakat pakai senapang je aku nk tembak dee. kalau ade bom, dah lme aku baling kat dia.

tapi muka dia mang garang la, mcm bapak orang. takot ouh.. hukhukhuk.

aku tak brani nak lwn ckp dia tadi. ingat lagi tua. alih2 dapat tau dia junior.. adoii..

Dee Zahari said...

aiseh...

patutnya korang selidik dulu..

adoii. buat malu kena marah ngn junior,
kita nie senior ..


hak hak

Mohamad Ismail ibnu Fadzil ibnu Abdullah ibnu (Lebai) Awang said...

dah salah tu ngaku je lah...kuang3!