Thursday, July 29, 2010

Ape Ade bawah Jambatan >,<"

Soalan: Apa ada bawah jambatan??
Hari ni 29 Julai 2010
Balik kelas perut da berkeroncong
Siyes! Sumpah aku lapar
aku amy, dini, cha, syra,
mirul, ari yaya, ngan tasha
pun plan g makan makanan laut
kt kedai makan bawah jambatan
seronok seronok sangat
saya makan tak hingat dunia
walaupun mahal tapi berbaloi
terima kasih kat mereka .

jawapannya: ade makanan laut yang sedappppp banget !

The Greatest Birthday Ever :)

tarikh 27 Julai ngan 28 Julai memang besh n tak mungkin aku dpt tanggalkn dlm otak aku neh. okeh, 28 Julai kelmarin genap la aku 19 tahun. ye aku tau la weyhh, besday aku dah lepas muahahaha, >_<


peristiwa 1:Pagi 27 Julai, lepas habis kelas BBm , aku turun carik makan kat cafe. tengah aku pilih2 makanan. dini curik hp kat dalam beg, dah serupe tikus mondok curik makan.

tapi aku tak tau si tikus ni nk curik hp aku. . alih2 sampai bilik.. hp lesap!aku dh nak menangis nih.. esok dah laa besday. hp lak ilang, malang nasib aku! tak lma kemudian jue hantar hp aku kt bilik. rupanya aku kene tipu!

peristiwa 2: Singa aku memang jaat kalau nak diingatkan balik. membe2 rapat aku plan ngan dia suruh dia hilangkan diri daripada kul 12tghri-12pagi. masa pukul 1 ptg aku kol singa, ade org lain agkat., huissshhh sape lak mamat yang agkat ni. dia cakap tuan punye hp ni trtinggal hp kat ats meja, di kedai makan.

gile ! ni sume gile! esk besday aku, dahla celcom dapat free call sminggu. sedihnya bila tak dapat contact ngan dia.. malam tu sebak, aku sebak bukan ape dohh, gyle windu tiba tiba. dah takde mood nak sambut besday. mama ngan ayah je lah penghibur hati. terharu bila ayah nyanyikan lagu besday..

Peristiwa 3: aku mesej dini tanye kat mane. dia kate dia kat luar lepak ngan naim. waaa~ busannya aku sorang2. then tak lama pas tuh, alin ngan atin datang bilik.. masa ni dah nak pukul 12.. tiktoktiktoktiktok ! pukul 12! tapi tapi dorang berdua tak wish punn. sampai hati la korangg wuwuwuwu. nasib baik mama ayah, kawan2 aku yang lain tak lupe. (^_^)

Peristiwa 4: Tengah gua sibuk dok melayan perasaan, 1 new message from Biskut Choco. hahhhhhh!! bukan hp dia hilang ke?? waaaaaa~ ak terus kol dia.. dia boleh gelak tak hingat dunia, oke oke, aku kene tipu lg la dohh ! geramnye ngn kau singa !!

Peristiwa 5: Lepas habis gayut ngan mama @ ayah. Ayuni call aku. dia suruh aku amik pen aku kat bilik dia. sekerat jalan aku ternampak ramai orang berlegar depan aku. si Fiqa ngan Didi tengah gayut la, jalan2 la.. pastu trnampak alin ngan atin kat tangga. yang si As ngan Alin lak ajak aku buang air jap.. kebetulan aku memang nak buang air kecik. aku pun kasi la hp aku kat Atin. lepas dah buang segala kotoran2 tu, aku pun pergi kat atin . masa tu atin kat belakang blok ..

aku keluar je.. pffftttt!!! tepung melekat kt muka!!!! lagu happy besday kedengaran . mak aihh ramainyeee.. ape ni ape ni >.<


tiba2 dari sudut lain.. selamat hari jadi3 iyka berkumandang lagi. dorang bawak kek secret rcipe fvret ku pulakk, lilin lilin ! lame nye tak tiup lilin. wehh korang. leh tak tak berhenti lempar tepung kat aku.. aku nak tiup lilin ni ! agagaga. tengah syok2 clebrate tuh, pak guard datang. OMG ! cabotttt !

dah la semua dah macam hantu tepung komak! sume tak brani nak explain kat pak guard. nasib baik ade Dini.. Pak guard tu kate nk sambut boleh tapi jangan bising sangat yee, sebab dari pintu pagar depan dengar suara kami. opppssss , maaf pak ! tapi pak guard ni memang sempoii punyeelaaahh.

lepas dah makan2 kami semua pun balik mandi . btw, aku rasa kelakar sebab dorang berjaya wakenabeb aku hari ni. dorang sume macam tak nak layan aku sangat hari tu sebab dorang nak pastikan plan dorang berjaya. mekasih kawan kawan sume !! sayang korang sangat beb.
aku dapat hadiah daripda Alin, Atin,Ayuni.. Thks korang !
alin ngan atin sedang menari berdansa


pelontar tepung terhebat

Super Girls
ini lah mereka yang berjaya mengharumkan nama kolej kerawang tengah2 malam buta

suke sangat lukisan alin ni. ha ha ha. sebab dini memang sgt mara klu aku raba dia. tak aci ! dia buat aku boleh. :(

Thanks to:

Atin n bf dia
Alin
Dini
Yuni
As
Didi
Fiqa
Dilla
Eira
Aisyah
My SInga!
dan mereka yang terlibat.

Monday, July 26, 2010

Cinta Kau dan Aku, Bini Aku Tomboy ke, Prince Charming

Masa cuti semester hari tu , aku duduk umah meluangkan masa dengan membaca novel. Daripada aku goyang kaki, ade baik gak aku berangan kejap baca novel ni. Tapi taktau la kenapa .. bila aku dah balik blajar kt terengganu ni, aku still takleh lupe 1 novel yg aku baca time cuti tu. betul2 buat aku angau la.. adushh. taktau la respon korang camne bagi yang dah pernah baca..


Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah

novel ni keluaran buku Prima.memang hebat bagi aku weyhh. aku baca novel ni dari pukul 3 pagi sampai 9 pagi. 1 malam aku tak tidur. Memang aku tak sanggup nak tunggu lame2. dah la lawak .. Dah tu pandai lak kasi aku meleleh. Yang tak leh blah nye, aku sampai kunci pintu bilik kot, bajet nak nangis puas2.. Takot lak kantoi ngan mama, malu malu. Arghhh, memang kuat tol penangan novel ni kat aku. Ada suka, sedih, dendam,kasih sayang, agama. Korang memang tak rugi nye la beli novel ni. Tahniah untuk penulis, u rock Siti rosmizah ! :p


Tajuk: Bini aku Tomboy ke?
Pengarang: Arisa Eriza

ini lagi satu novel keluaran Kaki Novel. Aku jujur disini bahawa aku membawa novel ni keluar dari rak rak buku MPH kerana aku tertarik dengan cover depannye yang menarik, saling tak tumpah mcm cover novel CINTA KAU DAN AKU. Novel ni aku baru je baca suku jalan, ha ha ha. takde masa laa, sibuk sibuk. wuwu. Roommate aku yang pinjam novel aku ni kata, cerita dia sangat2 lah lawak, macam nak mati gelak. betulke? ko tak tipu kan ?

aku berjanji akan habiskan baca novel ni, baru aku beli novel yang lain. malangnya, aku mengingkari janji aku. tiba2 je tangan aku tergerak nak rembat lagi 1 novel ni..
Tajuk: Prince Charming
Pengarang: Ratu Bulan
"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran prince Charming yang menyelamatkannya, Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming. Yang pasti, memang dia langsung tak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta prince Charming."

Bila aku baca synopsis ni, aku terus membayangkan watak-watak jepun dalam manga jepun. wahhh best, cover dia dah la warna pink. memang laju lah aku tarik buku ni keluar MPH. ha ha ha,

Cerita dia pun best, tak serius sangat. otak aku pun relaks je. Cite pasal budak2 sekolah yang popular lagi handsome. Lagi2 dorang adalah pemain kelab bola sepak. Ramai la perempuan yang dok terhegeh2. tapi minah sorang yang bernama nurul ni lak, macam takde perasaan langsung. so.. nak tau cite dia.. g lah cari novel ni ye.. :)


sekian sahaja daripada saya :) papai

Surat Layang dr Encik Arez

assalammualaikum peeps! semalam aku dapat surat layang dari encik Arez yang mengatakan aku telah diTAG. muahahaha. mekasih banyak kat beliau.. meh sini pinjam masa korang ciket, baca jangan tak baca, HAHA.

1. Four names that friends call you

- Dut
- Liyka
- ezura
- eipo

2. Four most important date in your life.

- 12 April
- 13 Mei
- 12 februari
- 11 january

3. Four things u`ve done in the last 30 min.

- main ngan bubu,(hamster iera)
- Chat ngan Singa
- Makan biskut cicah coklat breadspread
- Sikat Rambut

4. Four ways to be happy

- Bila dengar org lain gelak,(sbb aku jadi nk gelak same)
- Kalau takde assignment, bahagianyaaa..!
- Cucuk cucuk ayh masukkn duit dlm akaun !
- makan banyak banyak

5. Four gift you would like to receive

- teddy bear!! ,
- Novel cinta ! jiwang?? hohoho, biarlaaaa..
- perfume buah2han. sy suke !
- mp4 . yeahhh.

6. Four of your fav. hobbies

- baring2 sambil msg singa
- hang out ramai ramai dengan mwmbe membe
- tidur smbil dengr mp3, tak elok tak elok!
- duduk lepak kat bilik ngan membe merenk

7. Four places or country you want to go for vacation.

- sy nak g mekah ngan family tersayang
- Korea!! nak sangat pergi ! nak jumpe kim beom lah ! tak pun song hye kyo.
- Bali :p
- rumah je sudah .

8. Four fav drinks

- tEH O Ais
- 100 Plus
- mangga fresh
- tembikai

9. four things always found in your bag .

- perfume
- compact powder
- purse
- handfone/mp3

10 . four fav colour

- hitam
- kelabu
- Pink
- Coklat

11.top four you love so much

- family
- my lion
- friends
- mereka yg sayang sy.

12. top four "things" special to you

- novel :)
- my Mp3 :)
- Lappy
- Handphone

13. top four you will tagged .

- ayuni kamaruddin
- nevermind
- kak CT
- Aini Hussin

14 . four reasons why you answered this questions

- sebab aku ditagged
- sebab aku suka ditag
- sebab aku free
- sebab aku tengah borink

latest pixture!
Before masuk kelas Mandarin !
dalam bilik S043!

Saturday, July 24, 2010

Gadis Rimba Berjimba jimba !

assalammualaikum korang korang !
korang cihat tak?
bosannya duduk kat bilik je hari ni
So, aku, Alin, atin, Dini, Yuni
sehati sejiwa melepak kt bandar
beli barang barang ciket
untuk keperluan harian..
aku dah laa tension ngan subject BEL 311
disebab kan tension ni
aku pun lupe barang ape yang nak dibeli
aku pun maen tibai beli barang ape yang aku nak beli.
muahahahahha. boros boros.
setiap kali kami keluar, alin yang akan membaca doa kenderaan.
sempat lagi bergambar dengan pemilik gamba ni.

hey, kami makan aiskim 99 sen, dapatkan di Giant yg berdekatan.

Friday, July 23, 2010

Happy Birthday Adlin Shahira !

Happy Birthday untuk Adlin shahira bt Roslan. Kami lahir pada bulan yang sama. cuma aku lewat 5 hari dari birthday dia.

masuk hari ni dah setahun 3 minggu kami berkawan. seronok kawan ngan dia. kelakar nak mati. dah la suka ketawa.. Ape ape pun aku ucapkan semoga dia panjang umur, berbahagia selalu bersama yang tersayang.

psst, ushar cket muka dia lepas dapat hadiah dr Mr. Bulat.. bahagiakan dia? gile besar teddy bear tu.. lenguh gak aku nak gendong dia.. gendut gendut. name si gendut ni MieLin, gabungan nama najmi dan adlin. wahahahaha..

Jahat doh Alin, lepas dia dah ada Mielin, dia dah taknak tidur ngan aku kat lantai dah.. dia tido ngan MieLin kat atas katil lakkk. waaaaa~ pigi la kau! muahaha :p

happy besday beb!

Memori Hujan Kanak kanak vs Remaja

Langit semakin mendung, kelihatan awan di angkasa bertukar kelabu, ketika ini, turunlah hujan membasahi bumi. Kanak kanak di 1 blok perumahan polis seksyen 20 shah alam riang ria menyambut turunnya hujan. sekitar 20 lebih kanak kanak bersorak ria, mandi bersama sama dalam hujan.

Hubungan yang keruh juga boleh tiba-tiba menjadi baik disebabkan hujan. kekeruhan itu tidak berlanjutan lama.. indahnya alam kanak kanak. sekarang apabila umur kian meningkat, rakan rakan sepermainan dulu tiada lagi disisi.. semua hilang dalam sekelip mata.

Tiada lagi gelak tawa mereka ketika bermain hujan dahulu. sorang2 pergi meninggalkan taman perumahan yang penuh dengan memori itu . dan aku?? Aku juga bakal mengikut jejak mereka. dapatkah lagi aku berkejaran ketika hujan, jadi model syampu di tengah2 jalan, dan bebas bersuka ria dlm hujan?? Sungguh, Hujan memang menggembirakn aku.

Tahun 2010, aku merasai lagi kenangan yang dulu, memori dulu menggamit perasaan setelah bertahun tahun tidak menyerah diri pada hujan, hehehe ^_^ sahabat2 lama bermain di ingatan. Julai 2010,kami berkejaran di tengah2 hujan,, ahhh! sejuknya, tapi langsung tak mematahkan semangat aku. hahahaha. sesetengah warga kolej sutera membuka tingkap dan memandang pelik pada kami, mungkin mereka akan kata kami gila bermain hujan dlm keadaan lebat.

“Weyhh korang, sini best do!”teriak Alin. dan kami bergerak menuju ke genangan air itu. berebutan lah kami melompat lompat dalam genangan air tersebut. Gelak tawa dan canda kami memeriahkan suasana, kami merasa bahagia, dan terasa dunia itu milik kami.

Kami terus bermain, saling melempar air, berkejar-kejaran dan menjerit bersama memecah bunyi hujan yang lebat. Terasa beban hilang semua. Terima kasih kawan kawan untuk memori Hujan ini.

mana aku? carik cepat carik, hahahah. aku terkepit!

Friday, July 16, 2010

Mari Mari Usha Kasut !

mari mari amoi apek, macha, minachi ! sy ada jual kasut, cantek punyeeee. sape berani pakai dia memang hensem n jelita. boleh bawak pegi kuliah, pasar, mall, berkebun sumee, HAHA. Berikut adalah koleksi-koleksi kasut yang memang unik and cool !

untuk mereka yang sukakan alam sekitar

aku nak pakai kasut roda ni! sangat cool doh

bagi mereka yang ingin tinggi seperti zirafah, lalalala~

kasut recycle daripada papan litar

aku geli la nak pakai kasut ni

ngapp ngapp ko !
khas untuk peninju. tapi ade sikit macam kasut McDla
aku tak suka la kasut ni. muahahaha
ouhh, aku tak sanggup nak pakai

eee, adew bulu la. geli geli

kasut ni pelik la, tapi unik
ishh. mesti sakit pakai kasut ni, kompem tak mampu tampung aku. HAHA
haaa, puan puan boleh la pergi pasar pakai kasut ni.. sesuai skali. HAHA..

aku nak gelak nak gelak!

korang agak2 macam mane muka korang bila dah 20 tahun akan datang. boleh bayangkan tak..? aku teringin nak tau muka aku cmane nanti . bukan muka aku je, tapi muka membe2 aku gak, huahuahuaua. mari mari kita skodeng !!

muka abe din!
hahahha. Dini.. hensem la ko , muah ! muah ! muakk!

muka si alin !
aku tau la ko suke ketawa. tu pasal tak nmpak tua sangat. waka waka.

muka si atin !
ermm, kenapa ko nampak mcm remaja lagi. mesti ade yg tak kene ni.

muka si pemilik blog !
haa yang ni dah sah sah kompem ade yg tak kena ni.
teruk gilee. macam ahli shir jual penyapu je muka aku ni. uwaaaaa~

 ni hanya sekadar suka suka untuk menghiburkan hati, lalalalala~ tak leh caya benda2 alah ni. semua orang akan tua gak.. so masa muda2 ni. tangkapla gamba anda banyak2 ye. leh tunjuk kat cucu cicit, ye tak? bye bye .

Kau kurang ajar la mat !

Salam.. harini aku, alin, kak nas, dinie ngan bibi pergi PC Fair berdekatan dgn Giant Kuala Terengganu. memang bosan kalau duduk kat bilik je cuti-cuti ni. pengendali kereta kitorang dah tentulah akak nas.

dia drive , sumpah aku ckp ngan korang kalah kereta F1 wooo.. tapi cekap. masa pergi oke lagi akak nas drive. maybe byk kereta kan.. aku bibi n alin da sengih2 kat belakang. dini kat depan nampak rilek je, woi dini.. aku tau la ko cuak ! ko jangan blagak cool leh tak? muahaha.

Sampai kt Pc Fair, aku pun meredah masuk. mata dh rambang. nak beli ape eh, nak beli ape. ko ingat ni pasaraya mydin ke hape. Last2 aku beli Optical Mouse-quitto hahaha dengan 2.5 Inch External Hard Drive 320 gb. boleh tahan la harga dia berbanding kat luar. kat cni dapat Rm 180 je.

emm, nak joli lagi la.. tapi duit dah takde. kenapa ayah tak masukkan duit banyak cket. aku ingat nak borong sob sob sob.
Sementara tunggu kak nas ngan dini berjoli dlm Pc Fair tu, aku alin ngan bibiy pun menggediks jap snap snap gamba.

klick ! klick ! klick !

bulatnye la aku .. huaaa~



Habis g Pc Fair, kak Nas anta Aku, Alin, Bibie g mydin... p makan ! akak Nas ngan Dini lak g Bandar jap, katenye ade hal .. On da way nak balik kan kan, kak Nas sempat pesan dia kene drift sebab dah lambat. "oke kak!!," kata kami pada kak Nas.

Aku ingat akak main2 je , skali betul2 dia jadi lipas tempang. keperempuanan akak terus hilang. semua keta akak potong, kereta kami betul2 rapat ngan kereta depan. mak aihhh.. mau sejengkal je jaraknye. kami kat belakang menjerit2 macam naik roller coster.

Bibi aku tengok da pucat, tangan dia dah menggigil genggam tangan aku. hahaha. aku hanya mampu tutup mata, alin sempat lagi tengah laju2 tu baca doa kenderaan, bagus alin ! bagus ! tapi memang best la, sebab akak Nas jenis cekap. dia kata rilek la korang, aku pun berlagak la rilek, ha ha ha ,kecil2 cili padi tol akak ni la.. hehehehe . :p

Sampai je kat tempat kereta sewa je, kelihatan mamat 2-3 orang menunggu di situ, tibe2 salah sorang mamat yang bertubuh tinggi dan tegap memandang tajam kat arah kami. Oiii apehal kau mat? pijak ko kang! aku cakap dalam hati je ngeh ngeh.. ouh baru aku sedar, kitorang dah lewat 30 minit. sebab tadi ade hal kat bandar. adusshhh.. macam mane nak balik kampus ni, kereta muat 5 orang je. mamat tu nak amik kereta tu.. last2kak nas ngan dini tinggal dulu. aku , bibi ngan alin dihantar mamat tu balik kampus dulu.

tutup pintu , dia tekan minyak, terus laju pecut.. ! bibie dah terbaring kat belakang. eh! apahal mamat ni, nak bunuh orang ke? sambil hisap rokok, dia tengking kitorang "apahal lambat??". kitorang cakap dengan takotnye" sori sangat sangat lmbat".. skali dia maki ngn suara tinggi, "kalau dah janji pukul 3 , pukul 3 jela.!! ni setengah jam lambat! kalau 5 minit takpe.!".

pehhh, kitorang tengah mintak maaf ni. dia bawak keta tu laju tak hingat, aku bukan cakap lebat weyhh. ini lah pertama kali aku naik kereta dan dlm masa yg sama aku tengah call doktor tempah katil kat hospital, itupun kalau nasib aku baik dpat hospital. eh, sori..aku mereka cerita je..aku tau dia geram and nak lepas geram dia kat kitorang.. memang rase nak menjerit tolong tolong tolong, air liur pun aku tak mampu nak telan.

Lepas dia dah anta kitorang balik kampus.. baru lah kami tau .. dia junior semester 1.. Ya Allah, dayus nye la ko mat.. kurang ajar sesangat. memang s*** la buat kitorang cmni. takde hormat langsung, sekurang2 nya kitorang mintak maaf jugak.. haih..

Thursday, July 15, 2010

Ini bukan minta simpati, tapi datang daripada hati

hari ini..
si penaip blog ni mengharungi malam penuh kesunyian.
roommate2 nye membungkus baju pulang ke kampung ,
tinggallah dia seorang diri
dia tau yang dia berada jauh dari mereka..
tak dapat balik melawat keluarganya disana..

yang paling menjengkelkan
dia diserang demam pula.. gara-gara si hujan..
tapi dia dah telan ubat 1 biji
si dia yakin, esok eloklah demam nya tu..

ape lagi dia nak merepeking kat blog ni haa
cukup2 lah tu, makin hari ke hari ..
aku takde semangat
nak hadap semester baru

dengan subject yang lebih tough
aku benci la math, korang pandai math tak?
ajar aku please. otak aku tak suke tengok nombor
aku rase diri ni tak guna

aku memang tak reti nak bersyukur
aku selalu pikir nak mengalah
tapi aku tak boleh, aku dah separuh jalan
mungkin sakit yang aku rasa sekarang
adalah dugaan
aku cuma perlu bersabar, berdoa pada NYA
wajah mama ayah dah mula terbayang di benak ku
ya ALLAH, bantulah hamba mu ni
lindungilah aku dari putus asa

dan malam ini, aku masih lagi membisu. termenung memikirkan ape yang akan jadi hari esok. tapi kau? kau masih disini. ya, kau..terima kasih kerana terus membaca.



notakaki: aku rindu mama ayah, nak terbang balik leh tak leh tak.

Friday, July 9, 2010

kasi aku satu pelangi boleh?

mataku digosok-gosok dan dikelipkan berkali kali. rimasnya pakai contact lens ni. kabur pandangan aku. aku budak baru belajar nak pakai lens. muahahaha~ sakit do mata ni mula2 pakai. tapi kan kan, sakit lagi hati aku ni.

kalaulah aku ni budak yang tak ada good manners (sila muntah) dah lame dah aku mengamuk meroyan tak tentu pasal. aku cuma mampu menjerit dalam hati je. tapi bukan ade orang dengar pun. :'( ngan siapalah aku nak lepaskan perasaan ni. macam2 yang terbuku kat hati aku, gangguan jiwa tol. nak cakap 'bulan purnama' aku datang menjenguk, belum masanya lagi laa.

orang lain kat luar sane bersuka ria melaga-laga gelas, kononnye la.. aku pulak menangis, merengek macam anak kecil. ah! kau bukan budak kecil yang kene di pujuk2 ngan susu cap anmum atau anak patung barbie. kau cuma perlu bersabar iyka, jangan mudah melatah.. kembalikanlah semangat aku yang dulu.. wahai pelangi, hadirlah dan kelilingilah dunia ku dengan warna-warna indah mu..

something happened to my heart

im thinking about you everyday
my heart is hurting in all these sad days
"i love you" is playing on my lips
alone once again, crying for you
alone once again, missing for you

Monday, July 5, 2010

Dompot-Dompot Membakar Lemak

Hari ni 3 julai 2010 startla kitorang punye cabaran, iaitu cabaran untuk menurunkan berat badan masing2. pengerusi dia ayuni, hehehe. kalau dia yg tak basuh otak kitorang mesti kitorang taknak berubah.
sebelum ni memang berat, tapi gara2 duduk 2bulan kat rumah, semua badan lg bertambah naik. lagi2 aku.. ye aku memang dah besar skg, badan pun dah macam setalam. orang kata diet ramai ramai ni best, sebab kita rasa bersemangat bila tengok orang lain diet.
Petang tadi lepas buat warm up sume, kitorang main kosong lobang tikus ngan selipar beracun. peserta-peserta nya ayuni, alin, dini, aina, aku, fatin. memang kelakar sangat tapi penat. HAHAHA. secara tak langsung aku tak sedar yang aku tengah berlari je mengejar musuh2 kitorang tu. gila busuk hati nak kasi team dorang kalah. cuma aku doa agar hati aku ni kuat, sentiasa bersemangat sampai kitorang achieve target kitorang. sayang korang sume.
Terima kasih gak kt membe2 kelas aku. terutamanya amirul, amy, bulan, syra cz bg semangat, and nasihat. :)

PESERTA : Adlin, Ayuni, iyka, Eisha, Dini, Aina
TEMPOH MASA : 1 bulan
TARIKH : 3 Julai-5 Ogos
TARGET : 10kg


Pesanan ayuni untuk diri dia ngan kami kami
-jujur pada diri sendiri
-jaga kesihatan
-banyak minum air kosong
-jangan makan makanan berminyak
-kalau x tahan isi perut.. ok?
-makan kunyah lame(40kali atleast)
-lepas makan baru minum air..jgn selang seli
-banyak kan exercise yg berat n ringat before tido
-sit up 30x before tdo...n after..
-jangan stress sangat..macam mana korang semangat nk susut..macam tu jugak semangat dengan study okey?
-saling ingat mengingati n tegur
-try to achieve target 2 weeks 5 kg.