Tuesday, October 25, 2011

Al Kisah Diet ku yang Hampeh

Salam kawan kawan .

Hari ni dengan azam yang baru , aku kena melatih balik semula diri aku nih agar jangan lagi sentuh nasi . aku kena jogging balik ! tak best betul bila dah balik rumah ni . takde dah teman seperjuangan yang nak cabar aku . takde lagi teman seperjuangan yang nak sama sama ikat perut .

Hari tu lepas balik terengganu . terus timbang kat rumah . hah, amik kau !! turun 8kilogram terus . kau tau apa jadi lepas tu, aku bukannye makin nak diet, aku peginya tibai semua makanan yang aku tak dapat nak sapu time diet tuhh , Ouh NO , skarang dah naik 2 kilogram . betapa sia2nya usaha kau Syafiqa Ezura . aku rasa marah gilo dengan diri aku sekarang ni . Erghh .

Semalam dah promise dengan adik nak jogging kt padang MPSJ, last2 dua2 membungkang tak reti nak bangun . matahari dah terpacak atas kepala baru ktorang sedar dari tidur . bayangkan betapa syioknyee lemak lemak aku nih membiak . bangun tu terus mengadap ayam goreng KFC .nasi lagi . yeahh bagus , amalkan selalu ..

camne eh nak kasi kuat semangat nihh , dah seminggu aku makan nasi nih . lama lama rosak la diet aku huhu .  agak agak kalau malam ni aku tidur tak pasang kipas, berpeluh peluh tu lemak leh cair ke eh ? hehehehe

Monday, October 24, 2011

Penangan MUET :)



Assalamualaikum semua ! macam yang korang korang tahu , budak2 UiTM sedang bercuti cutian sekarang ni . Memang happy sangat dapt cuti ni tapi 19 October hari tu aku baru ja lepas buat MUET speaking test . Mak aihh , penangan dia kalah final exam. Sehari nak amik exam muet tu boleh pulak demam, kaki ni sejuk sampai tidoq pun tak bukak kipas, berselimut bagai .  SUMPAH . gigil yang teramat . Bila minta pendapat dari rakan2 yang dah buat muet, semua jawapan hampir sama. "Jangan berhenti cakap, goreng je ayat apa pun, janji examiners faham" .

okay ! aku pun dengan confident nye masuk sekolah lama aku iaitu SMK Seksyen 19 dengan pandang ke atas sambil berpeluk tubuh , kononnya macam baru dapat kerja baru kat syarikat ternama la ni . kau orang semua kalau nak lagi selamat , kau datang sekolah tu kau stop dekat pak guard. then kau tanya, ' pakcik nak amek muet dekat mana ? ' Nanti pakcik tu bagitahu lah dekat mana lokasi muet korang tuhh.

Sampai ja tingkat 4, aku dah nampak ramai candidates . Wahh rupenye wa dah lewat hahah . Dorang tengah dok bahagikan kumpulan . Skali aku gosok2 mata, rupanya ketua yang bahagikan kumpulan tu Cikgu aku pulak hahaha . Salam lah dulu kan, kasi mesra2 sikit . Last2 dia kasi aku Group keempat , Candidate B . untung jugak aku datang lambat neh hehehe .

Nak dijadikan cerita, group aku ni ada 3 orang je pasal ada group yang member dorang tak hadir . So ada 5 group keseluruhan .. 1 group je yang ada 4 candidate, yang group lain semua ada 3 candidate termasuk group aku . Sebelum berjuang  tu, aku temu ramah la member group aku kan, tengok2 dorang pun budak UiTM . Sangat lah mesra kami ni , macam dah lama kenal pulak hahaha . Hilang lah kejap nebes aku nihhh sembang ngan diorang . Sebelum tu, hp korang akan dimasukkn ke dlm 1 beg plstik , so jangan harapla korang boleh berjiwang2 mengadu takot dengan bf/gf korang . ekekeke :)

Bila dh sampai masa group aku masuk bilik kuarantin tu , tiba2 aku rasa sangatlah tenang dan rileks. Aku sendiri pun tak pasti kenapa . Mungkin kelas tu besar , maklumlah bangunan baru kan .. Kebetulan blackout pulak kan masa tu , takdelah aku kesejukan macam malam semalam tu . Aku dapat topic "WHAT KIND OF MOVIES THAT APPEAL TO MALAYSIAN'S AUDIENCE " . and aku dapat point COMEDIES ! . nasib baik la point ni boleh digoreng , sbb dia common kan . So kami betiga pun dah berkenyit2 mata memulakan strategy yang kitorang dah rancang 1 jam sbelum speaking . Tapi aku ada tergagap2 and aku tak puas hati dengan cara aku sampaikan. Bila balik rumah, aku try speaking balik pasal topic tu sorang sorang .. pehh boleh pula macam2 idea kuaq . haihhh~~.

So, sekarang ni speaking dah lepas , tapi memang jantung korang macam rasa nak gugur sebelum nak amik speaking ni . Jangan jadi macam aku, sampai menangis malam sebelum nak amik Muet tuhh . aku kena tunggu 19 November 2011 ni untuk amik WRITING, LISTENING, READING . huuuuuhh ~ aku takmauu demam lagi . wish me luck yaa :)

Wednesday, September 21, 2011

Miracle Bite Pastry

Yuhuu ! paper ETR 300 tadi dah habis . suka suka suka ! Alhamdulillah , aku boleh jawab semua .. Sebelum tu aku nak tayang sikit kat korang aku punya logo company .Ahli group aku  terdiri daripada Siti Hasmah, Suliati, Siti Najihah, Hakim Jamel , Norain Hidayah dan aku, Syafiqa Ezura . Kitorang  buat business pastry . Serius sedapppp heee :)

"Miracle Bite Pastry Cafe "

Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri yang paling menyedihkan..

Raya tahun ni merupakan raya yang paling sedih, suram yang pernah aku alami . Kalau dulu, pagi raya lagu2 raya berkumandang , saudara semua berebut2 nak tangkap gambar, nenek menjerit2 dari dapur suruh anak cucunya mandi sembahyang raya.. tapi tahun ni semua serba kekurangan . Kami masih lagi bersedih atas kemalangan yang meragut nyawa nenek tersayang tanggal 28 Julai 2011 tempoh hari. Hari arwah nenek meninggal dunia jatuh pula pada hari lahirku . Aku terkilan sebab aku lah salah sorang cucu nenek yang tak dapat menghadirkan diri di hari pengkebumiannya. Terasa sebak sangat, sampai sekarang aku masih tak percaya arwah nenek dah pergi, arwah meninggalkan kami mengejut, kami tak bersedia nak terima semua ni. Tapi setiap yang hidup pasti akan mati, dah sampai ajal untuk arwah pergi .. 

Atok pula masa kemalangan, cedera parah, kaki koyak teruk.. rusuk patah. Kesian atok, selalu pagi raya.. dialah yang selalu bertakbir di Masjid , seronok bila dengar takbir raya dari atok sendiri.. Tapi skarang atok terlantar je, aku tak tau la doktor pasang apa kat kaki dia, tapi kena cucuk sampai ke tulang .. banyak pulak tu.. dengan jahitan panjang nyee, aku takot nak tengok lama lama. Pagi raya, atok cuba menymbunyikan perasaan dia, tapi aku nampak atok nangis. atok kata dia selalu mimpikan nenek, dia rasa bersalah sebab bukan dia yang meninggal dunia, tapi nenek.. 

Masa lagu raya dimainkan kat radio, aku nampak atok, mama, ayah menangis, aku tak dapat kawal perasaan aku.. aku menangis kat belakang rumah sepuas hati aku . Ye, aku memang rindukan nenek, sebelum dia meninggal aku ada call arwah nenek, dia happy je.. siap dia pesan suruh kuruskan sikit badan sambil ketawa. tak sangka tu lah kali terakhir aku dengar suara nenek. Buat masa ni mak long bawak atok balik rumah dia and jaga kat sana, bermakna rumah atok and nenek yang besar tu tak ada orang yang duduk.

kampung aku kt Johor tu terlalu banyak kenangan  aku cuma dapat jejak rumah tu bila ada  raya macam ni je. Semua berubah sekelip mata, rumah kt kampung tu atok baru tukar lantai, dinding, cat, pagar semua untuk sambut anak cucunya. Tapi apakan daya, rumah tu tiada lagi penghuninya.. 4hb September ni genaplah 40 hari nenek pergi. Al-Fatihah untuk nenek. Iyka sayangkan nenek..


click Tanggal 28 July yang memilukan hati untuk tahu lebih detail


Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri !!


Kepada semua rakan blogger, rakan di alam maya, rakan di alam nyata, kaum keluarga dan sesiapa saja yang mengenali Boneca Manik atau pada yang datang membaca dengan sengaja atau tak sengaja....
Di kesempatan ini Liyka dengan rendah diri dan ikhlas hati memohon ampun maaf sekiranya selama kita bergurau senda, selama berkenal mesra ada tutur kata dan tulisan yang menyentuh hati dan mengguris rasa....
Liyka hanya insan biasa, salah dan silap adat manusia... sekali lagi ampun maaf dipinta.



Tanggal 28July yang memilukan hati


Nenek maut dihempap lori treler
28 Julai 2011

KULAIJAYA – Seorang nenek maut dalam keadaan tragis dan menyayat hati apabila kereta yang dinaiki bersama suaminya dihempap lori treler dalam nahas yang berlaku di Kilometer 49 arah Johor Bahru-Air Hitam, jam 5.30 petang kelmarin. 

Kejadian yang berlaku berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Sedenak, di sini menyebabkan mangsa yang berusia 71 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya berusia 76 tahun mengalami cedera parah. 

Nahas itu turut menyebabkan kereta lain dari arah bertentangan terbalik setelah lori treler berkenaan terbabas lalu melanggarnya dan ternaik ke atas kenderaan itu. 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan yang membabitkan lori dan dua kereta itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan Sunny dari bahu jalan tiba-tiba masuk ke laluan utama. 


“Kereta berkenaan yang dipandu suami mangsa dari arah Air Hitam ke Kulaijaya berada pada bahu jalan dan masuk ke jalan raya secara tiba-tiba. 

“Situasi itu menyebabkan lori yang datang dari arah belakang terlanggar kenderaan mereka dan kedua-duanya terbabas ke kanan lalu melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang berada di laluan bertentangan,” katanya. 

Zulkefly berkata, pemandu lori dan Honda City berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan manakala suami mangsa yang mengalami cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.



crdit-sinarharian

Masa hari kejadian, atok dan nenek baru balik dari pasar, mama cakap nenek tak pernah keluar pakai kain batik kalau nak ke kedai. Tp hari kemalangan nenek pakai kain batik, bila aku tengok balik surat khabar, aku sebak tengok arwah terbaring tak bernyawa dengan keadaan diri dan kain batik yang penuh darah. Atok kata masa nak masuk simpang rumah, dia tak nampak ada kenderaan lain kat belakang . Mungkin dah sampai masa, Allah kaburkan penglihatan dia.. sedang atok nak membelok ke kanan, lori treler yang sedang laju mermpuh kuat, kereta atok betul2 bawah treler..lori treler tu trbabas ke arah brtentangan lalu trnaik ke atas kenderaan Honda City milik orang cina.  nenek meninggal dunia serta merta di tempat kemalangan. atok kata dia sempat ketepikan badan dia waktu drempuh, tempoh untuk keluarkan atok dan nenek sangat rumit. kren yang dipanggil orang kampung gagal untuk mengangkat treler, hampir tiga kren datang ..Akhirnya, 1 jam lebih baru dapat keluarkan atok, tp usaha untuk kluarkan arwah nenek mgmbil masa 2jam. Sebelum kejadian, arwah nenek pernah lahirkan hasrat untuk beli banyak kain batik, mungkin itulah ptanda arwah akan pergi..untuk tutup jasadnya yang dah tak bernyawa .. Al-Fatihah..

Wednesday, August 24, 2011

Musix

Kadang kadang bila tiada yang menemani , music je la jadi peneman .

Tolonglah fahami diri ni .

Kebelakangan ni sangat penat , terasa macam ada beban yang terpaksa dipikul .

Sunday, August 14, 2011

Terima Kasih Teman

bertemu dan berpisah
adat dunia
kita hanya merancang
tuhan yg menentukan
begitu beratnya nak ku relakan
perpisahan ini
hanya tuhan yg tahu
aku mendoakanmu
agar bahagia selalu
disepanjang hayatmu
meski hanya untuk seketika
kehadiranmu menyentuh rasa
kau terlalu bermakna
pada hati dan jiwa
kau insan istimewa yg berjasa
terima kasih teman
harapan yg kau berikan
terima kasih teman
doa yang dikau kirimkan

Di tengah terbit mentari 
turun hujan membasahi bumi 
namun tiada terkilan di hati
di ruang mata ku ini teman
telah pun dijanjikan pelangi nan indah..
Terima kasih teman
jauh hanya di pandangan
terima kasih teman
abadi kau di ingatan
Terima Kasih Teman.. :'-)

Thursday, July 21, 2011

Alhamdullilah .

The Little Pororo and Pink Ribbon !

Assalammualaikum .Cik Boneca nak mulakan entry ni dengan satu kegembiraan . Mana tak gembiranya dapat hadiah daripada buah hati sempena hari lahir yang bakal tiba ni . terima kasih banyak kat  Mr Satelit Ink, yang sudi kasi hadiah2 ni kat saya :D awak , tenkiyuuuuuuu :D bertambah dah koleksi teddy bear aku, tapii Pororo ni (siap dah kasi nama) bukan teddy bear, Pororo ni penguin teddy hihihi . best peluk sebab tak besar tak kecik ..

My little PORORO :D comel tak ?

Click sini cepattt !! ada English subs.
This little Pororo nampak je kecik but when you see him in action, how adorably cute he is, how funny he is, you will definitely fall in love with him :)

Macam yang korang nampak, Pororo tak kesorangan. He has wonderful friends who caring about each other and they are so cute.
 yeahhh~my Pororo! Cerita Pororo ni kiyut sangat , macam cerita WonderPets tuhh heee :)



and for the next gift , Casio Watch . sangat terharu sebab dia kata dia tak pernah nampak aku pakai jam . wawawa~ aku tak suka pakai sebab aku memang ganas pakai jam. ada yang pecah la, tali tecabot la . sekejap je dah jahanam. 

Lepas dapat jam ni, aku terus jatuh cinta pandang pertama. serius ! aku suka sebab warna pink dia tu ,  dihiasi pula dengan ribbon pink metallic nya . nak nak pulak pink tu warna favourite aku . memang taktau nak cakap apa, berterima kasih sangat . thanx Satelit Ink ! <3



Tuesday, June 28, 2011

kumbang goreng yang rangup



Hari ni saya Taknak mkn cndawan goreng kt pasar lagi,
                                           sbb minggu lepas saya beli cendawan goreng...
                     dapat FREE Kumbang Goreng seekor . erghh . T_T


Monday, June 13, 2011

f(x) comeback : Hot Summer !

Girl group f(x) have recently excited fans with the release of their new teaser video! 

arghhhh , gilaa aku datang lagi . im so excited for the teaser release ! f(x) comeback lagi dengan "Hot Summer" and full music video will be release on 14th June .  sangat sangat comel f(x) dalam lagu ni ! tak tau nak cakap apa dahhh. *rebah


 cute cute cute !

Monday, June 6, 2011

Penangan Khuntoria ^_^


Siapa kat sini layan We Got Married? Aku tahu ramai yang layan, cuma korang tak sampai lagi kat blog Boneca Manik ni hehehe .

Dulu ... masa baru berjinak jinak tengok We Got Married. Saya tak terpikir langsung nak layan Khuntoria Couple.. Dulu saya layan Goguma Couple, tiba-tiba ada 2 orang member laki Uitm and kawan perempuan fb saya paksa saya download Khuntoria Couple. Saya dengan jari lemah gemalai  mendownload lah jugak,tak ikhlas langsung time nak download tuh.  rupa2 nya baru saya tahu si suami dalam couple Khuntoria ni adalah Nichkhun (2PM) . saya peminat kipas susah mati 2PM. HAHAHAHAH . Lampi nye lah saya neh .

Sepanjang kehadiran Khuntoria dalam hati ni, saya selalu berbalah dengan buah hati saya. ni sume gara gara lebihkan tengok rancangan realiti We Got Married daripada melayan si dia. Terlalu kuat penangan Khuntoria ni, sampaikan jadual tidur saya semua dah tunggang terbalik . Dulu saya selalu termimpi Khuntoria ni .. makan, mandi, tidur semua khuntoria dalam kepala. asal celik mata, website khuntorialurve.tumblr.com ni yang akan saya bukak dulu,konon nak tahu berita terbaru diorang.

Tak sangka sekarang dah smpai episod 54 saya layan .  Apa yang saya pernah mimpi pasal khuntoria ni semua betul2 terjadi dalam kisah cinta dorang . Sumpah saya tak tipu, hahahahah . Sekarang saya dah jadi supplier We Got Married Khuntoria dalam Uitm Chendering ni lalalalala~ Saya dah berjaya menarik beberapa penonton dan dorang plak yg dah mula gila dengan Khuntoria.

Roommate2 saya sem lepas tergelak smpai berguling2 tengok pasangan khuntoria ni. Saya dulu dulu masa layan kat rumah lak takyah cite la... sorang2 mengkekek dalam bilik. Sampai adik pun cakap saya gila. Saya mintak maaf sebab sebarkan virus kat korang korang (dak uitm aku) yang dah tergila kat khuntoria ni . ampunn yeeee~ Nak layan tu, layan jugak .. study jgn lupa okey beb ! :)

Sunday, June 5, 2011

Tenkiyuuu Selipar Hijau Muda !

Terima Kasih, Gomawo, Thank You, Arigato, Xie xie banyak banyak kat Cik Dee a.k.a Selipar  sebab anda tolong saya adjust kasi besaq sikit blog saya yang sebelum ni punyalah kecik kenonet dan menyakitkan mata . Siapa yang rajin mengesot, pergila mengesot ke blog SeliparHijauMuda ni . Tak rugi punyaaa wa cakap luu~~

Thursday, June 2, 2011

I get bored so easily :(

erghh im really bored and have too much free time, apa nak buat nehhh .. I don't have any hobbies now, except watching my lovely Khuntoria.. I don't have time for hobbies  because of my studies and that isn't going to change when I go to University. Im just bored with doing the same stuff over and over again everyday. Btw, my class have not start yet, so I need to get out from this bored. =_=   petang ni kami merancang nak pegi beach , ha ha ha . ni namanya dah tahap bosan habes ni, PTPTN  pun tak masuk lagi .. before this, tak pernah pernah late mcmni . nak berjoli pun tak bley.. eemmm, alang2 dah cakap pasal bosan ni, any suggestion of movie that would be great and any ideas of something I could do is great?  ?  







Wednesday, June 1, 2011

Love this Khuntoria fanart !




K-pop Tag

annyeong~chukahaeyo kat diri ku sendiri sebab dapat memiliki tag KOREA ni ahahahah . before this tak pernah dapat pun, so bila dah dapat ni kena guna sebaik-baiknya . ^_^ . btw kamsahamnida  TIKAH yeodongsaeng sebab kasi tag ni . Unnie really appreciate it :)


1) Siapakah bias anda dalam Kpop Boy Group di atas..?

Super Junior: Eun Hyuk, Lee Teuk
2PM: Nichkhun, Junho
B2ST: Yoseob
C.N Blue: Yong Hwa
Ft Island: Lee Hong Ki
Dalmatian: -
2AM: Jo Kwon, Jin woon
JYJ:-
D-Na:-
B1A4: - GongChan
Teen Top: -
Shinee: Lee Taemin, Onew
Mblaq: Lee Joon
Ukiss:-
ZE:A: Kwang Hee
Big Bang: Seungri, G Dragon
Tvxq: Changmin
Infinite: Myungsoo
X-5:-

2) Salah satu lagu favourite paling best?

Beast-fiction, 2PM-without you

3) Harap harap dapat jumpa?

f(x)
2PM
Snsd
Shinee
Super Junior

4) Siapakah yang paling hensem ?

Nichkhun sshi <3 saranghaeyo!

5) Siapakah bias anda dalam Kpop Girl Group di atas..?

Snsd: Yuri, Seohyun
Kara: -
4Minute:-
f(x)-Victoria, Amber, Luna
T-Ara: Hyomin
Secret: -
Miss A- Suzy
2ne1: -
Rainbow: -
Sistar: bora
After School: Kahi
5dolls: -
Nine Muses: tak kenal
Dalshabet: -
A pink : ergghh yang ni tak minat langsung !
Wonder Girls: dah tak layan :p

6) Salah satu lagu favourite yang paling best ?

f(x)-Nu Abo, Snsd-Run Devil Run

7) Teringin nak jadi macam ?

Amber, hahahahahah :p

8) Siapa yang paling cantik ?

Victoria 

9) Best Male Solo Artist

i don't know

11) Best Female Solo Artist

Joo, G-Na

12) Best Song Female Artist

Joo-Bad Guy

13) Best Song Male Artist

Wheesung-Incurable Disease

14) Tag ?

K-pop Lover

kamsahamnida, annyoenghikaseyo <3

Monday, May 30, 2011

f(x) : Korean Pop Dance Group

Saranghae f(x) !

f(x) merupakan Asia Pop Dance Group daripada syarikat SM Entertainment yang debut pada August tahun 2009.Mereka merupakan artis yang bernaung  bawah syarikat muzik yang berpengaruh di Korea. Terdiri daripada 5 orang gadis and made their official debut in  September 2009 dengan single pertama mereka La Cha Ta, followed by their first single album Chu in November 2009 and release their first mini album NU ABO in May 2010. Yang terbaru, mereka baru je released their first full length album , Pinocchio, pada April 2011.
 
VICTORIA

Real name: Song Qian
DOB: 2 February, 1987
Birhtplace: Qingdao, Shangdong, China
Nationality: Chinese
Position: Group Leade, Main Dancer, Vocalist

LUNA
Real name: Park Sun Young (박선영)
DOB: 12 August, 1993
Birhtplace: Seoul, South Korea
Nationality: Korean
Position: Main Vocalist, Lead Dancer


KRYSTAL
Real name: Jung Soo-Jung
DOB: 24 October, 1994
Birthplace: San Francisco, California, USA
Nationality: Korean-American
Younger sister of Jessica, member of pop group Girls’ Generation.
Position: Lead Vocalist


SULLI
Real name: Choi Jin-Ri (최진리)
DOB: 29 March, 1994
Birhtplace: Seoul, South Korea
Nationality: Korean
Position: Vocalist, Sub-rapper


AMBER
Real name: Amber Josephine Liu 
DOB: 18 September, 1992
Nationality: Taiwanese
Position: Main Rapper, Vocalist


gila sangat sangat ngn Victoria (kiri)  and Amber (kanan) . Amber sangat cool , gila-gila, tomboy tapi teringin nak kawin dengan orang Korea(Amber orang Taiwan). Victoria pulak caring and selalu jaga members dia . Kat mana2 je, atas pentas ke, dia slalu akan dahulukan members dia and pimpin dorang turun dari stage . mungkin sebab dia paling tua and matang dalam group ni . yang bestnyee, members dia ni semua panggil Victoria "omma" (mama) . Well, i think they are really young except for Victoria. They are 1992, 1993 and 1994.
f(x)-DANGER



Tinggal lagi 1 semester jaaaaa~~~

semalam dah daftar masuk penempatan kat Uitm
dah semester 5 dah aku kat Terengganu ni 
harini first class, roommate sume masih berdengkur
semangat betul  aku siap awal, pakai molek molek , wangi wangi .
sampai je kat class, dapat tau lecturer takde sampai 2 Jun 
BAHAGIA nyee saya :D boleh layan Khuntoria


Wednesday, May 25, 2011

Result Semester 4 :)

Result dah kuar dah oiii .. Check Email! . Alhamdulillah, result sem 4 dah keluar, hilang sikit bebanan dalam kepala ni. Syukur pada Allah, result makin meningkat walaupun sem lepas sangatlah busy . Tinggal lagi 2 semester je nak perbaiki CGPA. Huhuhu.

Cuti sebulan ni dah banyak aku plan untuk jadi manusia yang berguna. Tapi tapi , apesal kau banyak sangat tengok cerita made in Korea? lagi2 baru baru ni dapat pulak siaran live dari South Korea, memang menternak lemak je aku dok depan Tv.. Lepastu habiskan masa pergi maen bowling ngan ayah n adik2, tapi masalahnya  aku selalu berada di tempat tercorot *sighh

Sebagai reward untuk hari ni, wa nak main bowling lagi esok .
 =_="

Wednesday, May 18, 2011

Full House ??


Full House Lifestyle Store and Cafe .

Selasa lepas, 4 gadis from Subang Jaya, Petaling Jaya, Penang ,Klang dan 2 jejaka from Kuala Lumpur merancang nak habiskan cuti semester mereka dengan berjimba jimba kt Sunway Pyramid . konon nak hangout togetherlah before masuk semester 5 ni . Bila dah jumpa, masing2 dah nampak tembam termasuk aku .

Lokasi pertama : Full House cafe. Have you been there yet ? I bet many have already .


 This place really awesome . korang sure rasa girlish and cute when enter this place. hihik  :)





 busy mencari 'selera' masing-masing




lepas isi perot , kita tengok wayang pulak okey :)

dalam pawagam :)

Misteri Kehilangankuh=Khuntoria

=hye! dah 5 bulan aku tak jenguk sini. lame aku menghilang kan? sorry korang! meh sini suma , aku ade benda nak cita.. ni la punca utama kenapa aku menghilangkan diri. Aku tengah mabuk cinta tau! siyes tengah angau..hahaha..

Nak taw tak aku jatuh cinta kat sape? Kat KHUNTORIA! sape kenal angkat tangan! hmmm... takde yang kenal ke???? aku start angau ni dari bulan 11 tahun lepas lerr, actually aku kenal dorang ni dari rancangan  We Got Married  hasil sumbangan buah fikiran dari membe aku si Ain Syuhada . apa tu KHUNTORIA ? Khuntoria ni gabungan dua nama  ..

Nichkhun + Victoria= Khuntoria

sapa dorang ni , meh aku kenalkan .. yang tak kenal buat2 kenal yee..



Haaa~ ni Nichkhun, ahli kumpulan  2PM . 2PM is a South Korean Boy Band . Nichkhun ni bukan orang Korea, dia orang Thailand, tapi hebat berbahasa Korea . comel comel comel .

Yang comel kiyut miyut ni lak leader kumpulan f(x),Victoria !!. f(x) ni ditubuhkan masa aku mula2 masuk U, August 2009.  Victoria ni bukan orang Korea, dia foreigner dari China. Tapi pandai cakap Korea . whoahhh~

Ni aku kasi sikit sinopsis:

We Got Married (WGM) nie show di mana mereka match kan beberapa couple untuk kawin olok2..
couple2 tersebut selalunya tak tau siapa yg akan di kawin kan dengan diorang..

Tiap minggu selalu akan di beri mission yg berbeza-beza....
Diorg akan diberi rumah..kereta . dan akan ada wedding photoshoot.. etc

Keburukan WGM ni, diorang akan dilanda 1 perasaan yang diorang sendiri tak dapat jelaskan . peewwiit~ ada sesetengah artis yang dah pernah masuk rancangan ni berjaya jadi pasangan kekasih betul2 kat luar show .


Sangat comel ..!


Kalau korang berminat nak tengok. Check this out ..
kat sini ada episod2 kisah rumah tangga dorang.

Love Khuntoria !