Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri yang paling menyedihkan..

Raya tahun ni merupakan raya yang paling sedih, suram yang pernah aku alami . Kalau dulu, pagi raya lagu2 raya berkumandang , saudara semua berebut2 nak tangkap gambar, nenek menjerit2 dari dapur suruh anak cucunya mandi sembahyang raya.. tapi tahun ni semua serba kekurangan . Kami masih lagi bersedih atas kemalangan yang meragut nyawa nenek tersayang tanggal 28 Julai 2011 tempoh hari. Hari arwah nenek meninggal dunia jatuh pula pada hari lahirku . Aku terkilan sebab aku lah salah sorang cucu nenek yang tak dapat menghadirkan diri di hari pengkebumiannya. Terasa sebak sangat, sampai sekarang aku masih tak percaya arwah nenek dah pergi, arwah meninggalkan kami mengejut, kami tak bersedia nak terima semua ni. Tapi setiap yang hidup pasti akan mati, dah sampai ajal untuk arwah pergi .. 

Atok pula masa kemalangan, cedera parah, kaki koyak teruk.. rusuk patah. Kesian atok, selalu pagi raya.. dialah yang selalu bertakbir di Masjid , seronok bila dengar takbir raya dari atok sendiri.. Tapi skarang atok terlantar je, aku tak tau la doktor pasang apa kat kaki dia, tapi kena cucuk sampai ke tulang .. banyak pulak tu.. dengan jahitan panjang nyee, aku takot nak tengok lama lama. Pagi raya, atok cuba menymbunyikan perasaan dia, tapi aku nampak atok nangis. atok kata dia selalu mimpikan nenek, dia rasa bersalah sebab bukan dia yang meninggal dunia, tapi nenek.. 

Masa lagu raya dimainkan kat radio, aku nampak atok, mama, ayah menangis, aku tak dapat kawal perasaan aku.. aku menangis kat belakang rumah sepuas hati aku . Ye, aku memang rindukan nenek, sebelum dia meninggal aku ada call arwah nenek, dia happy je.. siap dia pesan suruh kuruskan sikit badan sambil ketawa. tak sangka tu lah kali terakhir aku dengar suara nenek. Buat masa ni mak long bawak atok balik rumah dia and jaga kat sana, bermakna rumah atok and nenek yang besar tu tak ada orang yang duduk.

kampung aku kt Johor tu terlalu banyak kenangan  aku cuma dapat jejak rumah tu bila ada  raya macam ni je. Semua berubah sekelip mata, rumah kt kampung tu atok baru tukar lantai, dinding, cat, pagar semua untuk sambut anak cucunya. Tapi apakan daya, rumah tu tiada lagi penghuninya.. 4hb September ni genaplah 40 hari nenek pergi. Al-Fatihah untuk nenek. Iyka sayangkan nenek..


click Tanggal 28 July yang memilukan hati untuk tahu lebih detail


1 comment:

ydaa (+) said...

sabar sayang. ada hikmahnya, kuatkan semangat lahhh. selamat hari raya juga kan maaf zahir batin, nanti kita meet k ?