Nenek maut dihempap lori treler
28 Julai 2011
KULAIJAYA – Seorang nenek maut dalam keadaan tragis dan menyayat hati apabila kereta yang dinaiki bersama suaminya dihempap lori treler dalam nahas yang berlaku di Kilometer 49 arah Johor Bahru-Air Hitam, jam 5.30 petang kelmarin.
Kejadian yang berlaku berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Sedenak, di sini menyebabkan mangsa yang berusia 71 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya berusia 76 tahun mengalami cedera parah.
Nahas itu turut menyebabkan kereta lain dari arah bertentangan terbalik setelah lori treler berkenaan terbabas lalu melanggarnya dan ternaik ke atas kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan yang membabitkan lori dan dua kereta itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan Sunny dari bahu jalan tiba-tiba masuk ke laluan utama.
“Kereta berkenaan yang dipandu suami mangsa dari arah Air Hitam ke Kulaijaya berada pada bahu jalan dan masuk ke jalan raya secara tiba-tiba.
“Situasi itu menyebabkan lori yang datang dari arah belakang terlanggar kenderaan mereka dan kedua-duanya terbabas ke kanan lalu melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang berada di laluan bertentangan,” katanya.
Zulkefly berkata, pemandu lori dan Honda City berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan manakala suami mangsa yang mengalami cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
crdit-sinarharian
Masa hari kejadian, atok dan nenek baru balik dari pasar, mama cakap nenek tak pernah keluar pakai kain batik kalau nak ke kedai. Tp hari kemalangan nenek pakai kain batik, bila aku tengok balik surat khabar, aku sebak tengok arwah terbaring tak bernyawa dengan keadaan diri dan kain batik yang penuh darah. Atok kata masa nak masuk simpang rumah, dia tak nampak ada kenderaan lain kat belakang . Mungkin dah sampai masa, Allah kaburkan penglihatan dia.. sedang atok nak membelok ke kanan, lori treler yang sedang laju mermpuh kuat, kereta atok betul2 bawah treler..lori treler tu trbabas ke arah brtentangan lalu trnaik ke atas kenderaan Honda City milik orang cina. nenek meninggal dunia serta merta di tempat kemalangan. atok kata dia sempat ketepikan badan dia waktu drempuh, tempoh untuk keluarkan atok dan nenek sangat rumit. kren yang dipanggil orang kampung gagal untuk mengangkat treler, hampir tiga kren datang ..Akhirnya, 1 jam lebih baru dapat keluarkan atok, tp usaha untuk kluarkan arwah nenek mgmbil masa 2jam. Sebelum kejadian, arwah nenek pernah lahirkan hasrat untuk beli banyak kain batik, mungkin itulah ptanda arwah akan pergi..untuk tutup jasadnya yang dah tak bernyawa .. Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment