Thursday, September 23, 2010

Festival Moon Cake Uitm Cendering .

hello kawans kawans !

malam tadi alhamdulillah tamat la sudah Festival Moon Cake . Mid Auntumn Musical Night yang berlangsung di Dewan Uitm Cendering sangat menyeronokkan, dengan tanglung bewarna warni yang kami gantung si sekeliling pintu dewan  menampakkan lagi keterujaan kami semua . HAHAHA. group yang bertanding untuk Musical Nite ni ada 4 . termasuklah group aku OMD3TA.  Kami berlakon cerita snow white dan mendendangkan lagu A Whole New World versi Mandarin .

Aku lak diberi tugas makeup and wardrobe. tapi last minute ditukar utk control bahagian multimedia , so dah sah2 aku kena buat yang terbaik untuk background music cerita budak2 kelas aku. Sumpah , ada 1 masa tu, tiba2 tangan aku menggigil tukar lagu and kawal PA system.. Minta maaf banyak2 kat korang kalau ada kekurangan.

Keputusannya, kami dapat tempat Ke-3 dari 4 yang bertanding. Kitorang bersyukur sangat sangat wlpun tak dapat Johan. Kitorang tau kitorang tak cukup masa nak berlatih, sbb kebanyakn student kelas kitorang yang kene handle keseluruhan event. Tanpa kitorang pun, event ni takkan berjalan dengan lancar .. ceewaaahhh .

So, kat sini aku nak ucapkan berjuta juta Terima Kasih  kat para pelakon, penyanyi, mereka yang mengendalikan prop, makeup and wardrobe, multimedia, dan pembantu-pembantu lain .. Nanti hadiah wang tunai tu kita g keluar makan ramai ramai yeee ! :) Heee
          kami dengan dua kereta bergerak ke Kamdar kuala terengganu untuk mencarik bahan lakonan :)

aku amy, syra , cha . kami saje mencuba lalalaa~

Kiri : Semah sebagai Snow white . 
Kanan : Jiha sebagai  pembunuh upahan witch dan Bie sbagai salah sorang dwarfs
Bawah : Sue , Wan dan Iqbal

        Kiri : Aku tengah bagi penerangan kat Snow White
Kanan  : Geng Geng yang menyanyi malam tu.
Bawah: Mereka sedang berlatih menyanyi . Mereka semangat !

kiri : latihan lakonan , asyik nak gelak jee .
kanan: sibuk je dorang nak brgambar ngan snow white .

Inilah kuih Ikan dan kuih Bulan yang kami agih agih kan untuk mereka yang ambil bahagian
.
Kiri: Pesta tanglung atas pentas , wawawa ~
Kanan : Dini (berlipstick Hitam) sebagai Witch . Amy , Lissa , Aku , Mirul , Bie .

tengok tudung pink . muka dia ketakutan dan konon serius cari bahan utk diselitkan dlm lakonan.

Friday, September 17, 2010

Berakhirnya Cuti Indah ku ..

Bismillah

Selamat Hari Raya . hihi . Lambat betul aku wish raya kat teman teman blog aku ni . Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat teman dan rakan-rakan di blog. Hari ni raya ke 8, masih raya gak kan kan ?..

Hari ni pukul 9 pagi gua bakal berangkat ke stesen bus section 17 Shah Alam . Be back to kampus !! Sedihnyaa . jemputan raya berlambak lagi , tapi aku dah nak balik .. :'(  Kuih Raya pun tak sempat makan banyak banyak .

Tapi raya ni memang busy habesla , mana mana je ada jemputan makan makan . sebut pasal makan kan berat aku dah naik 2kg . Raya tahun ni murah betul rezekinya . asyik maaakaaannn je koje den kat rumah . sampai tak cukup kaki aku nak berlari ke jamban . dah puas buang , makan balik .. HAHA . memang manusia yang sihat (>.<)

The most fun bila dapat jumpa dengan kawan sekelas dan konvoi pergi rumah cikgu . then aku beraya rumah budak budak kelas lak . heyy , nak tau apa kata mereka ?  They said I was getting chubby and 'SEMANGAT' . yeayyy !

oraitt ! dah cukup 5 perenggan aku taip , aku cadang nak membuta dah ni . kang esok tak bangun aku , tak pasal pasal tak dapat balik terengganu , raya tahun ni best  tapi yang kurangnya sebab terkilan tak sempat jumpa sepupu sepupu bujang aku yang ramai tuh . huhuh. Rindu korang :) okayh . sekian terima kasih .

Friday, September 3, 2010

Tidur sampai Pengsan ^_^

selamat pagi ! ni hao ! padahal dah petang.. Fuh, hari ni gua bangun lambat gilaa . nak dekat kul 2 petang tadi baru aku bangun . sepatotnya tengah hari tadi ade meeting nak buat video mandarin . ahhhh . kene siapkan skrip ! after raya , Wu Laoshi nak tengok skrip . tak dapatlah nak bersuka ria raya ni ..

sejak dua menjak ni , aku asyik tak cukup tidur , penangan dari test yang berlambak . malam tadi baru dapat teman si jejaka aku tuh . dan sekarang ni aku rasa bosan bosan dan bosan . hari ni si jejaka tinggalkan gua 1 hari . kau mesti ketiadaan kredit kan singa? takpe . aku faham dan aku masih bisa menunggumu, sumpah merinduimu , mengingati mu.. ahaaa. ayat jiwang menggelabah nak mati . korang sila muntah . ini semua kesan dari kebosanan tahap nak tersungkur .

ouh ouh ouh . habeslaaah . gua baru dapat tau tadi, malam ni gua dan budak2 kelas ade meeting untuk lakonan time FESTIVAL MOON CAKE nanti . waaaaaa~ memang serabot . pecah kepala pikir banyak keje nak siapkan balik raya ni . tapi aku tetap nak senyum melambung sampai langit . sebab bagi aku ini sume pengalaman untuk Part 3 . :)

Thursday, September 2, 2010

TERcicir T_T

adui, bile nak balik raya ni? kenapa lambat sangat ni. ape kene mengena tajuk ni ngan entry aku doh ? aku nak heboh yang aku jeles tengok dorang balik awal dari aku.

otak aku ni dah takde kat kuala terengganu dah . aku kira lagi 5 hari nak balik , tapi lepas dah tolak cuti. tinggal 3 hari . duduk sini bosan . bosan asyik bukak buku , menghadap meja yang penuh dengan kertas2 , bajet macam baca lak slide2 tuh.

 Balik shah alam best . nak jumpe katil gua yang aman damai tenteram selalu . aku boleh buat ape je aku suke , nak jerit ke , nak lompat macam berok pun boleh. itupun kalau katil aku tak reput tampong berat aku . haisshhhh . Shah Alam !

TEST habes.

Minggu ni gua banyak test. tapi hari ni last paper.
bapak bahagia aku rasa . kesusahan soalan CSC masih dikaji,
aku memang tak puas hati la . sebab aku tak baca sangat, muahahah .
padan la muke kau. sape suruh study maen2 .
result test bakal keluar. aku tau mesti macam haremm punya.
Takpe, esok hari masih ada lagi.
aku kene bersedia. T_T . Sekian Terima Kasih.

Selamat Hari Beranak Mrs FF!

Selamat Hari Jadi Fatin Farliana. Semoga anda bahagia selalu bersama orang yang tersayang. dan semoga persahabatan kita kekal selalu :) sory la aku dapat bagi hadiah dan kad ucapan yang tak seberapa je untuk hang. terima kasih juga kat Adlin Orang Kaya n Dini si Kurus atas kerjasama hang berdua.

selamat hari jadi beb !