Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Mandi Manda

Tanggal 8hb Jun, kami sekeluarga bertolak dari Shah alam ke Gedangsa, Perak untuk melawat sahabat lama aku. Memang dah lame tak jumpe limbong tu dengan adik2 dia yang mengonk ^_^ Sampai je umah lynn , aku terus melantak, hohoho. Keluarga aku ngan keluarga lynn merancang esoknye nak g berkelah, nak mandi sungai kat sungai Bil. Ni bukanlah kali pertama aku pergi sungai bil. Sungai tu lebih kurang 40jam dari gedangsa. Alhamdullilah perancangan kitorang brjaya. Pagi tu kul 6 pagi aku ngan lynn bangun, terus masak nasi lemak, goreng itu ini. Nak buat bekalan kat sane nanti.
Setelah semua berkumpul, kamipun memulakan perjalanan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit.
Setelah sampai kat sungai Bil.. kami laju2 parking kereta, :p Aku terus keluar kereta ambik udara segar. Masa kitorang datang, tak ramai pengunjung yang berkelah di situ.
Tapi lepas aku letak je barang-barang kami, terus berduyun-duyun kereta datang. wahhh~ makin meriah ni
.

Aktiviti perkelahan kami dimulakan dengan membakar hidangan iaitu ikan dan daging. Makanan lain telah dibawa siap dari rumah.. nasi lemak, mee hoon,kuih, minuman n bla bla bla. Kumpulan kanak-kanak termasuk aku (ha ha ha ) telah awal-awal lagi mneruskan aktiviti bermandi manda. Pastu sorang-sorang turun , muke dorang nak turun sungai tu agak kelakar la, buat aku gelak terkekeh dlm sungai tu hahaha. Agak-agak perut da main shuffle, aku terus naik makan. Dah habis makan, campak pinggan kertas dlm tong smpah terus smbung mandy! smpailah petang ,. Agak2 dah pukul 2.30 kami pun naik utk tukar baju..tapi malangnye, masa nak salin baju tu.. tandas kat situ tak payah cakap la, teruk gile.. last2, makngah lynn dengan menggunakan kebijaksanaan otak nye, dia bina tandas rekaannya sendiri.. jeng jeng jeng :p
cakk ! tandas kami hanyalah bertemakan tirai .. tapi pape pun memory masa merebut nak tukar baju ramai2 tu memang takleh lupe la beb.. haishhh, kelakar kelakar. bila jam dah menunjukkan pukul 3petang , kami pun balik :)
penunggu sungai bil, ha ha ha~

Friday, May 21, 2010

waida waida chololatte :)

Harini si kecik tomeh 'cik waida' jadi follower aku
follower yang ke 43
rindu sangat kat dia
wai wai, rasanya dari lepas SPM aku tak jumpe kau kan
bila bleh jumpe nih
sobb sobb sobb
sayang kau ketart ketart
jangan lupe aku eh eh :))

Thursday, May 20, 2010

Terjahan si Bibiey Ketam :)

kau kau tengok atas ni agak2 yang berselendang hitam ni sape ? haahhaha, ini lah cik Bibiy kiteeee, beliau didatangkan khas oleh yahoo messenger.
dan tetamu yang lebih istimewa ialah cik liykaaaa, boleh nampak di atas yang dah hampir serupe hantu bungkoss tu.. haaa tu lah aku..tapiss aksi bukan2 (kain takde.slimut pun jadikla)
ni sume gara2 bibiy, yang tiba tiba muncul takde salam takde ape.. terus terjah ajak aku webcam..
aku pun ape lagi, mari mari kita berwebby , rindu plak kat si ketam sowang nih :P

Tuesday, May 18, 2010

Korang , aku da mula rindukan korang hehehe :)


rindu kat geng-geng shah alam :
ara
huda
farah
aini
zyra
michelle
azma
ta sabar nak hangout sesama lagi, cepatla balik korang!

hahahha. aku perasan baik lalalala~

Tuesday, May 4, 2010

Sharing is Caring

sekarang ni demam bukan leh buat main2. aku tak tau nape tibe2 aku demam panas mggu lpas. takde hujan takde ribut, aku da terlantar atas katil tu. sekarang roommate aku atin demam. semalam roommate aku lg sorang tu intan demam jugak. apa ni apa ni, mcm main pas pas demam la pulak. tiba2 terbit rasa bersalah dalam hati, aku ke yang jangkitkan penyakit ni? tak kan ? tak kan ?yang aku sedihnya roomate aku intan pengsan semalam, nasib baik la atin sedar. kumpul2 orang angkat dia sampai pintu pagar depan.dah la tengah final exam.. si intan ni memang lemah kalau demam, semester lepas pun dia pengsan sbb demam) sepanjang dia demam tu, macam2 halangan masa jaga dia. muntah, menangis, sume ada. sampai tak leh tidur malam. semester ni banyak hal la berlaku. 5 hari lepas kene angkat membe aku yg tibe2 krem kat kaki. langsung xleh gerak.. laju2 anta dia g hospital.. hahhahaha. aku dah ada pengalaman wawawa. tak sia2 masuk PBSM

weh pompuan, nape muka kau x mcm orang demam pun.

Thursday, April 1, 2010

Khas utk si Sahabat 'Lynn'


korang korang nampak atas ni? nila nur syazlin. dialah sahabat, kawan aku, membe aku, rakan aku. aku kenal dia dari tadika lagi. tapi tahun 2008 dia da pergi tinggalkan aku. dia da pindah perak. mula-mula memang sedih sangat. menangis je masa dia da pindah. tapi kami still close and still bjumpe stiap tahun.

kau yang aku panggil sahabat. terima kasih
kau ada di saat aku memerlukan
mendengar keluh kesah
cerita gelabah gelabib aku
tentang hati, tentang jiwa
tentang duka, tentang suka
semoga persahabatan kita
takde titikk noktahnya
kekal hingga akhir hayat

khas buat kawan internet

kau cantik kawan
meski aku belum melihatmu
kau tampan kawan
meski aku belum bersua denganmu
kau menawan kawan
meski ada banyak rahsia harus kutahu
kau adalah dirimu kawan
aku mendengar tapi tak kulihat itu
kau naikkan semangat ku kawan
hidup ku indah terasa
kerana kau kawan
bersamamu aku tersenyum