Wednesday, August 20, 2014

Curang

Bf anda curang? Ini adalah pengalaman saya sendiri mengenai bf yang curang. Well it really hurts to know it by yourself, but saya anggap ni satu dugaan. Seriously,  we have been together for 5 years but at last kami break jugak. Saya yang minta dilepaskan , for what hidup dengan orang yang cintakan diri ni tapi dalam hati dan kepala dia masih ada perempuan tu. Sebenarnya dah banyak kali pecah tembelang but saya masih bertahan, masih berikan peluang untuk dia tebus kesilapan dia. 

Saya bukan nak bangga diri..tapi saya memang terlalu setia, memang tangkap cintan abeh la, senang cerita mmg ex bf ni saya nak buat cinta terakhir merangkap suami dunia akhirat.  Everytime saya date dengan ex bf, that girl mesti ada call ex bf saya ni, I asked him to make it clear, but still the same answer ex bf saya bagi, "dia kawan baik sy, dia kawan baik sy, kitorang tak ada apa apa". saya tertanya sendiri, dah sejak bila dia ada kawan baik perempuan ni?

Saya memang tak faham perangai perempuan ni, dulu diorang ni berkawan 1 tempat kerja, panggil each other "kau aku"  tapi lama kelamaan melarat panggil dengan gelaran"orang awak orang awak". tak tahu apa agenda dorang di sebalik semua ni.. Dengar cerita, perempuan ni pernah menganggu suami orang sebelum ni, tapi tak sangka bf saya pun dia nak sebat. Masa mula2 saya kena dulu, perasaan marah tu bukan yang pertama membelenggu tapi rasa sedih yg sgt2 dalam. Benda ni kantoi bila saya msg that girl asking why she looking for my bf, and then she replied "sorry, sy taktahu yang **** pergi Melaka jumpa awak, saya cuma nak pulangkan rantai yang dia pernah bagi saya." Ya Allah, rasa terhenti jantung ni.. Dia siap bagitahu rantai ni ex bf saya bagi masa valentine. Urmm, jujur saya terlalu kecewa, langsung tak sangka dia buat mcm tu behind my back. Bagi saya dia terlalu penyayang, baik hati, terlalu banyak kata kata manis dia lemparkan kat saya..

Apepun saya bersyukur sangat sebab dikurniakan roommate yang memahami, menangis2 ni luahkan perasaan, menggigil 1 badan. Saya terlalu lemah.. nak bergerak pun rasa payah, sampai bengkak mata ni berhari hari. tak kira tempat saya nangis. Sambil jalan nak pergi kelas pun saya boleh nangis. masa tu dahla nak dekat final exam semester 5. Betapa si dia memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup ni. Tanggal 31.1.2014, saya putuskan je hubungan tanpa persetujuan dia. Dah terlalu banyak derita yang saya tanggung.  Perempuan tu pernah suruh saya kaji kenapa ex bf saya curang kat saya,  taktahu la apa yang ex bf saya ni dah mengadu tentang saya pada perempuan tu. Apa salah saya, adakah sebab saya tinggal jauh dari dia punca dia curang dengan sy? Dia dr Johor, sy dr Selangor.. Pertanyaan yg sampai bila2 takkan terjawab.. Mungkin atas sebab kesilapan saya sendiri yang saya tak nampak, tapi kalau dah berkali curang itu bermakna nafsu tu yang tak dapat dibendung. tamak akan cinta, yang akhirnya diri sendiri merana. sekarang hampir tiap malam dia cari saya sampai la sekarang ni. Saya mmg pernah rindukan dia, tapi saya berniat yang saya tak akan balik pada dia lagi. Dah 8 bulan berlalu, saya dah makin tenang.. ye, saya bangga dengan diri saya. saya ambil masa untuk belajar memaafkan dia dengan perempuan tu. Tapi memang susah, adegan tu keep playing in my mind. Lagi lagi bila tengok gambar mereka berdua keluar makan sana sini, mandi manda bagai.. Ya Allah.. berat nak ditanggung perasaan ni.

Saya harap dia dan perempuan tu sedar, CINTA bukan untuk dibuat main, sekali dah terguris, bukannya mudah untuk sembuh. Kerana cinta jugak boleh melahirkan rasa benci yang merosakkan hati. kalau dah tak nak, berterus teranglah.. it sound so difficult, but its not fair untuk orang yang dicurangi. Carilah jalan yang terbaik, jangan biarkan ianya terus melarat.