Friday, October 11, 2013

Perosak Perhubungan..



Kamu pernahkah jadi orang ketiga dalam perhubungan ? Pernahkah hubungan kamu diganggu orang ketiga? Siapa orang ketiga tu ? Apa yang dimaksudkn dengan orang ketiga ? Apa yang saya fahami orang ketiga itu ialah manusia yang muncul dalam sebuah perhubungan. Tak kiralah yang sedang bercinta, bertunang atau yang dah berkahwin..

Kenapa orang ketiga nampak mcm desperate? dah tahu kan orang tuh dah ada bf/gf or suami/isteri kenapa still nak contact or mencari bf/gf or suami/isteri orang. Just imagine, pasangan yang dah bertahun-tahun couple tetiba putus gara2 orang ketiga dan pasangan suami isteri yang selama ni bahagia bersama anak2 kini jadi renggang. Takde rasa bersalah sikit pun ke dalam hati orang ketiga tuh ?

Saya faham orang ketiga atau rampas merampas tak akan berlaku kalau gf/bf or suami/isteri tak melayan kehadiran orang ketiga tuh. Tapi still orang ketiga yang salah sebab kenapa dia gatal nak ganggu hubungan orang? Better terima saja kenyataan yang girl or boy tu dah berpunya. Tapi biasanya manusia mcam ni sanggup buat apa pun asalkan apa yang dia nak dapat.

Apa yang saya dah pernah nampak depan mata, orang ketiga ni lah dugaan dan risiko dalam hubungan. Orang ketiga lah yang paling banyak hadir dalam perhubungan seseorang. Even dalam rumah tangga pun ada yang hancur dek kerana orang ketiga , dan ada juga si isteri yang merana, menyimpan segala luka yang terpendam demi anak-anak.  Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Orang ketiga adalah dugaan atau risiko untuk dilepasi. Dalam hidup ni banyak dugaan yang perlu kita tempuhi, jadi tempuhilah dugaan itu kalau kita mahu kebahagiaan yang berpanjangan. Jangan pernah beralih arah andainya dah sematkan namanya di hatimu. Teruskan hingga ke garisan terakhir

Pesanan untuk orang ketiga. Jangan pernah gembira di atas penderitaan orang lain. Carilah kebahagiaan kamu sendiri. Sebolehnya jauhilah orang yang sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing. Mungkin satu hari nanti ada insan lain yang lebih baik yang akan sentiasa bersama-sama dgn kita  hingga ke akhir hayat. Itulah qada dan qadar yang sudah tertulis dalam suratan hidup kita. Life must go on. 

p/s: Janganlah jadi orang ketiga yang merosakkan hubungan.

No comments: